Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Orang Yang Disyaki (OYDS) tersebut telah dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jawi pada Isnin mengambil keterangan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di Ibu Negara pada Jumaat lalu.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Muhammad Naim Mokhtar berkata, orang yang disyaki atau OYDS tersebut telah dipanggil ke bahagian penguatkuasaan Jawi untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
00:30Katanya dalam kenyataan, semua orang yang disyaki itu memberi kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan di cawangan siasatan bahagian penguatkuasaan Jawi.
00:41Beliau berkata seterusnya rakaman percakapan saksi pula akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengumpulkan maklumat dan keterangan bagi menyokong keterangan mereka.
00:50Beliau turut menjeru semua pihak agar tidak sekali-kali memandang remeh terhadap gejala keruntuhan moral ini.
00:57Ujanya isu ini jika dibiarkan, mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencermarkan maruah negara.
01:06Jumaat lalu, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.
01:17Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended