Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pada mulanya, Ahli Parlimen Britain dan bekas menteri, Tulip Siddiq menolak tuduhan rasuah tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotifkan politik.
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap Ahli Parlimen Britain dan bekas Menteri Tulip Siddiq.
00:09Ia selepas beliau didapati bersalah kes rasuah peruntukan haram sebidang tanah.
00:16Pada Januari lepas, Siddiq meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Keuangan Kota di Britain.
00:22Ia susulan penelitian terhadap hubungan skandal politik melibatkan ibu saudaranya yang juga bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
00:31Pada mulanya, Siddiq menolak tuluhan rasuah tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotifkan politik.
00:38Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran Siddiq, begitu juga dua lagi tertuduh iaitu Hasina serta adiknya, Sheikh Rehana.
00:44Difahamkan, Hasina dijatuhi hukuman penjara lima tahun, manakala Rehana menerima hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan sama.
00:54Untuk rekod, pada Ogos 2024, Hasina melarikan diri ke India dari Bangladesh ketika gelombang kebangkitan rakyat memuncak terhadap pemerintahannya.
01:03Pada November 2025, Hasina dijatuhi hukuman mati atas dakwaan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan ketika pemerintahan sebagai Perdana Menteri Bangladesh.
01:14Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended