Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Armizan berkata Kabinet Negeri bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat mengenai kerangka dan asas agenda utama negeri sebaik Mesyuarat Jemaah Menteri pertama diadakan.
Transcript
00:00Kabinet Kerajaan Sabah yang dibentuk pada Isnin adalah hasil komitmen semua wakil parti yang terlibat dalam usaha mewujudkan kerangka serta asas utama hala tujuh pentadbiran negeri.
00:11Menurut Timbalan Setiusaha Agong Gabungan Rakyat Sabah GRS, Datuk Armizan Muhammad Ali, meskipun semua lima ahli Dewan Undangan Negeri Adun bebas pernah memegang jawatan dalam GRS sebelum Hari Penamaan Calon,
00:24kedudukan mereka kini tetap memainkan peranan penting dalam membentuk kerajaan yang stabil.
00:30Ahli Parlimen Papa itu dalam kenyataan berkata agenda menahulukan dan mengutamakan hak serta kepentingan Sabah akan menjadi teras utama sebagaimana termaktub dalam aku janji pilihan raya semua parti dan adun yang terlibat.
00:45Armizan menambah Kabinet Negeri bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat mengenai kerangka dan asas agenda utama negeri sebaik mesyuarat jemaah menteri pertama diadakan.
00:54Menurut beliau, walaupun tiada satu gabungan parti memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, mandat rakyat yang keluar mengundi jelas menunjukkan keinginan untuk melihat sebuah kerajaan dibentuk demi membawa perubahan lebih bermakna.
01:09Katanya lagi adun yang dipilih tanpa mengira latar belakang atau parti asal dan kini menjadi komponen kerajaan negeri perlu memastikan aspirasi rakyat Sabah dilaksanakan segera menerusi sebuah kerajaan yang stabil, inklusif dan berintegriti.
01:24Manakala adun pembangkang turut berperanan penting dalam menjalankan fungsi semak dan imbang.
01:31Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Raya Hidup itu turut berharap segala usaha yang dilakukan akan membawa keberkatan dalam merintis masa depan yang lebih baik untuk Sabah dan rakyatnya.
01:42Pada Isnin, 10 adun mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah Menteri Baharu Sabah di hadapan yang dipertua negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended