Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pertumbuhan ekonomi sepanjang tiga suku pertama 2025 mencatat purata 5%, dengan KDNK suku ketiga hanya meningkat 4.0%; yang terendah dalam empat tahun dan paling lemah sejak 3.8% pada suku pertama 2021 semasa sekatan COVID-19.
Transcript
00:00Filipina dijangka gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonominya untuk tahun ketiga bertit turut pada 2025, sesulan prestasi seku ketiga yang lebih lemah daripada jangkaan.
00:11Setiausaha Jabatan Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Arsiano Bali Sakan berkata ekonomi negara sangat tidak mungkin mencapai sasaran pertumbuhan yang telah diturunkan kepada 5.5% hingga 6.5% yang ditetapkan oleh jatuan kuasa penyelarasan belanjawan pembangunan antara agensi di BCC.
00:33Beliau menjelaskan untuk mencapai pertumbuhan minimum 5.5% bagi tahun ini, ekonomi perlu berkembang kira-kira 7% pada suku keempat, satu sasaran yang dilihatnya sukar dicapai.
00:48Pertumbuhan ekonomi sepanjang 3 suku pertama 2025 mencatat purata 5% dengan KDNK suku ketiga hanya meningkat 4.0% yang terendah dalam 4 tahun dan paling lemah sejak 3.8% pada suku pertama 2021 semasa sekatan COVID-19.
01:07Ini berlaku ketika negara itu menghadapi pendedahan kes rasuah termasuk 20% daripada bajet 545 bilion peso untuk projek kawalan banjir diberikan kepada hanya 15 kontraktor.
01:23Kedua-dua Dewan Kongres Filipina sudah mengadakan siasatan perasingan terhadap dakwaan ketidakpatuhan dalam perbelanjaan kerja awam
01:30sementara Suruhanjaya Infrastruktur Bebas ICI yang baru ditubuhkan juga meneliti kemungkinan penyelewengan dana dalam projek kawalan banjir dan infrastruktur lain.
01:41Setia usaha Jabatan Ekonomi itu juga menekankan bahawa isu takbir urus ini mesti diimbangi dengan usaha untuk mengekalkan dan memperkukuhkan pencapaian ekonomi negara
01:50selain mengekalkan momentum bertumbuhan melalui dasar ekonomi yang mantap dan komitmen berterusan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.
02:00Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended