Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Gabenor BOJ, Kazuo Ueda berkata bank pusat akan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan menaikkan kadar dasar dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Transcript
00:00Hasil bond 2 tahun Jepun meningkat kepada setinggi sejak 2008 dan yen mengukuh berbanding dolar.
00:07Susulan tanda-tanda kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan, BOJ, semakin hampir.
00:13Kadar 2 tahun yang sensitif terhadap jangkaan dasar monetary meningkat 1 mata asas kepada 1%.
00:18Hasil bond 5 tahun dan bond penanda arah 10 tahun masing-masing dinaikkan kira-kira 4 mata asas kepada 1.35% dan 1.845%.
00:30Mata wang Jepun mengukuh sehingga 0.4% kepada 155.49 berbanding dolar.
00:39Dalam ucapan pada Isnin, Gubernur BOJ Kazuo Ueda berkata,
00:45Bank Pusat akan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan menaikkan kadar dasar dan membuat keputusan yang sewajarnya.
00:52Katanya kemungkinan unjuran ekonomi direalisasikan semakin meningkat dan keadaan monetary masih akan bersifat akomodatif
00:59walaupun kadar dasar dinaikkan.
01:03Jangkaan terhadap kenaikan kadar bulan ini turut meningkat.
01:05Pasaran swap kini menetapkan kira-kira 76% kemungkinan kenaikan kadar apabila BOJ mengumumkan keputusan dasar berikutnya pada 19 Disember
01:15dengan kebarang kalian meningkat kepada lebih 90% menjelang mesyuarat Januari.
01:20Ini berbanding hanya 30% sebagai kadar Disember dua minggu lalu.
01:25Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Keuangan merancang untuk meningkatkan terbitan hutang jangka pendek
01:32bagi membiayai pakej ekonomi Perdana Menteri Sanai, Takeichi.
01:36Termasuk menambah terbitan bon 2 dan 5 tahun sebanyak 300 bilion yen,
01:42kira-kira 1.92 bilion dolar Amerika atau 2.50 bilion ringgit masing-masing,
01:48serta bil perbendaharaan sebanyak 6.3 triliun yen.
01:53Langkah ini dijangka memberi tekanan kepada bon kerajaan jangka pendek.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended