Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Ekonomi Malaysia berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada suku ketiga, apabila permintaan domestik kekal rancak manakala eksport terus bergerak maju.
Transcript
00:00Para pengeluar di Malaysia semakin yakin apabila tempahan baru melonjak pada November ke paras tertinggi dalam lebih tiga tahun.
00:08Menurut SNP Global, Indeks Pengurus Pembelian PMI Pembuatan terlaras mengikut musim meningkat kepada 50.1 pada November berbanding 49.5 pada Oktober.
00:21Bacaan melebihi 50 mata menunjukkan perkembangan aktiviti manakala bacaan di bawah 50 menandakan penguncupan dalam sektor tersebut.
00:29Hubungan sejarah antara PMI dan data rasmi keluaran dalam negara kasar KDNK menunjukkan pertumbuhan ekonomi pada suku akhir akan menjadi kukuh.
00:38Ekonomi Malaysia berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada suku ketiga apabila permintaan domestik yang merupakan pemacu utama pertumbuhan kekal rancak manakala eksport terus bergerak maju.
00:48Bank Pusat yakin pertumbuhan bagi keseluruhan tahun 2025 akan berada pada paras tertinggi dalam julat unjuran 4% hingga 4.8%.
00:58Tempahan baharu khususnya meningkat pada kadar terpantas sejak April 2022 mengalakkan peringkatan yang lebih kukuh dalam aktiviti pembelian serta meningkatkan pengambilan pekerja.
01:09Namun firma-firma yang ditinjau terhalang daripada meningkatkan pengeluaran berikutan laporan kekurangan bahan mentah, persaingan yang lebih sengit dan kenaikan beban cukai.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended