Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Majikan diingatkan agar tidak menjadikan kadar RM1,700 sebulan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) sebagai asas menetapkan gaji permulaan bagi graduan atau pekerja baharu memasuki pasaran kerja.
Transcript
00:00Majikan diberi amaran supaya tidak menjadikan kadar RM1,700 sebulan di bawah perintah gaji minimum sebagai asas menetapkan gaji permulaan kepada graduan atau pekerja baru memasuki pasaran kerja.
00:14Menteri Subar Manusia Stephen Sim berkata kekeliruan itu perlu dihentikan kerana gaji minimum hanyalah jaring keselamatan bagi pekerjaan paling asas dan berkemahiran rendah.
00:24Kemudian kita buat apa? Kita buat garis panduan untuk menetapkan apa itu harga ataupun gaji kepada pekerja-pekerjaan berkemahiran.
00:38Saya selalu kata gaji minimum ini bukan gaji permulaan.
00:43Bagi menangani perkara itu, Kementerian memperkenalkan panduan gaji sektor pekerjaan sebagai rujukan rasmi kepada majikan dan pekerja ketika proses rundingan gaji.
00:54Panduan tersebut menyenaraikan skala gaji permulaan mengikut bidang antaranya juruteran awam, breker grafik dan wartawan yang semestinya perlu mendapat gaji lebih tinggi daripada gaji minimum.
01:05Kita jangan kata gaji minimum itu gaji permulaan. Besok lusa nak kita keluar dari universiti, dia kata gaji permulaan bagi 1,007.
01:14Tidak boleh. Minimum bench is not starting pay. Minimum bench adalah satu guide yang diberikan kepada pekerjaan yang paling asas, kemahiran yang paling rendah.
01:25Itu gaji minimum.
01:27Jadi kita nak kita sediakan senarai panduan gaji untuk supaya bukan sahaja pihak syarikat dan pihak pekerja, mereka boleh rundingkan.
01:40Contohnya dalam panduan itu dia tulis, kalau civil engineer, gaji permulaannya berapa?
01:46Sudah tentu lebih tinggi daripada gaji minimum.
01:48Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan melalui model gaji progresif menyediakan subsidi, insentif dan latihan kemahiran bagi menggalakkan syarikat menaikkan gaji secara berperingkat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended