Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri menurun kepada 12,311 orang setakat pagi ini dengan pemantauan berterusan di 160 pusat pemindahan sementara.
Transcript
00:00Situasi banjir di sembilan negeri bertambah baik apabila jumlah mangsa ditempatkan di 160 pusat pemindahan sementara PPS berkurangan kepada 12,311 orang setakat jam 11 pagi Isnin.
00:13Di Terengganu, misalnya jumlah mangsa menurun kepada 862 orang dengan jumlah daerah terjejas kini berkurangan ketujuh.
00:21Di Perlis, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 2,925 orang yang masih berlindung di 22 PPS.
00:30Di Perak, 4,428 orang mangsa banjir ditempatkan di 29 PPS di 5 daerah.
00:37Di Selangor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,523 orang dengan 29 PPS masih beroperasi di 5 daerah termasuk Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.
00:49Di Kedah pula, jumlah mangsa seramai 287 orang daripada 80 keluarga yang masih berlindung di 14 PPS.
00:56Manakala di Pahang, jumlah mangsa banjir turun kepada 472 orang daripada 214 keluarga dengan 17 PPS dibuka di 7 daerah.
01:06Sementara itu, di Kelantan, mangsa banjir turun kepada 955 di 3 jajahan terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang di mana 6 PPS masih dibuka.
01:19Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended