Kementerian Belia dan Sukan perkenal ketagihan positif dan baru dengan aktiviti sukan bagi tangani masalah sosial dalam kalangan belia, kata Menterinya, Hannah Yeoh.
00:00Yang pertamanya, bila kita lihat masalah sosial yang melibatkan golongan belia, kebanyakan masalah sosial adalah bertumpu kepada isu ketagihan.
00:09Ketagihan kepada dada, ketagihan kepada gadget, ketagihan kepada perjudian online, semua ini adalah bentuk-bentuk ketagihan kerana akses kepada gadget itu wujud dalam kalangan belia.
00:20Oleh sebab itu, kita perlu memperkenalkan ketagihan yang positif, ketagihan yang baru iaitu aktiviti bersukan.
00:26Oleh sebab itu, kita benarkan dana sukan komuniti ini untuk sampai kepada dan diakses oleh pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar dengan ROI.
00:36Kalau kita nak hanya fokus untuk persatuan sukan, hanya yang berdaftar dengan PJS saja boleh akses.
00:42Tetapi kita benarkan dana sukan komuniti, pertubuhan-pertubuhan belia di bawah ROI dapat memohon.
00:49Cuma untuk e-sports, saya nak jawab pasal e-sports, e-sports adalah satu sukan di mana industri-nya banyak duit.
00:58Industri e-sports, game developer semua mempunyai duit dan pengikut e-sports ramai.
01:05Jadi masalah sponsorship tak wujud untuk e-sports.
01:07Dalam data kita, GPS dan DSK, e-sports memang tinggi permohonan.
01:12Tapi kita nak bagi tumpuan kepada sukan-sukan yang tak dapat dana sponsorship untuk bantu mereka.
01:20Kerana e-sports ini, kalau kita tak berhati-hati, isu ketagihan gadget itu wujud.
01:26Bila belia tak tahu seimbangkan masa belajar dan bermain e-sports.
01:32Untuk komen yang berhormat mengenai perpaduan.
01:34Saya nak nyatakan, kita telah perkenalkan bahawa dana sukan komuniti ini, dana untuk kelas.
01:41Di mana kita nak persatuan sukan, kalau mereka kena cari duit, tapi mungkin tak cukup untuk laksanakan objektif kerajaannya,
01:49iaitu menggunakan sukan sebagai satu alat perpaduan.
01:53Jadi kita benarkan mereka mohon untuk kelas-kelas.
01:55Saya bagi contoh untuk sepak takraw.
01:57Kita telah perkenalkan kelas sepak takraw di mana persatuan bekerjasama dengan KBS
02:02membawa masuk kelas-kelas sepak takraw ke dalam sekolah jenis kebangsaan Cina dan SCKT
02:09untuk menggalakkan pelajar Cina dan pelajar India belajar sukan sepak takraw.
02:15Kerana mengikut data kita, sukan sepak takraw dalam golongan Masters, 40 tahun ke atas,
02:20memang 100% masyarakat Melayu yang main sepak takraw dalam penglibatan sukan Masters.
02:27Oleh sebab itu, berkait sangat dengan akses kepada infrastruktur tersebut dan tren komuniti.
02:34Kalau kita tak perkenalkan, mereka tidak akan dapat belajar.
02:38Jadi sekarang, persatuan sepak takraw, mereka bekerjasama dengan KBS dan pada 3 Disember,
02:45minggu ini akan dilancarkan program pertama di SCKC Konghon, Kuala Lumpur
02:51untuk melibatkan 150 orang murid terdiri pada kaum Melayu, Cina dan India belajar sukan sepak takraw.
02:57Bila kita perluaskan ini, bakat kita juga luas dan tidak bergantung hanya kepada satu kaum
Be the first to comment