145 lokasi jalan banjir, mendap akibat bencana – Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 145 lokasi terjejas akibat bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL), melibatkan 63 Jalan Persekutuan dan 82 Jalan Negeri setakat jam 10 pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kes yang dikenal pasti melibatkan pelbagai bentuk bencana dan bukan hanya disebabkan banjir semata-mata.
00:00Kementerian Kerja Raya KKR mengenal pasti 145 lokasi terjejas akibat bencana susulan monsoon timur laut MTL melibatkan 63 jalan persekutuan dan 82 jalan negeri setakat jam 10 pagi Ahad.
00:17Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nantelingi berkata, kes yang dikenal pasti melibatkan pelbagai bentuk bencana dan bukan hanya disebabkan banjir semata-mata.
00:28Mengenai insiden lubang benam, beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku lewat malam Sabtu itu berpunca daripada struktur pembentung runtuh sehingga menyebabkan mendapan pada permukaan jalan.
00:42Sinar harian pada Ahad melaporkan kejadian lubang benam berukuran kira-kira 10 meter berlaku di Lebo SBA berhampiran laluan menghala ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTEM dekat Ayakero lewat malam Sabtu.
00:58Kejadian pada jam 11.10 malam itu berlaku di Jalan Persekutuan FT-033 menyebabkan satu lorong kanan sepanjang kira-kira 300 meter ditutup kepada kenderaan atas faktor keselamatan.
Be the first to comment