Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jumlah mangsa banjir di 10 negeri menurun kepada 14,172 orang setakat pagi ini dengan pemantauan berterusan di 175 pusat pemindahan sementara.
Transcript
00:00Situasi banjir di 10 negeri bertambah baik apabila jumlah mangsa ditempatkan di 175 pusat pemindahan sementara PPS berkurangan kepada 14,172 orang setakat jam 6 pagi Isnin.
00:14Di Terengganu misalnya, jumlah mangsa menurun kepada 1,784 orang dengan jumlah daerah terjejas kekal 7.
00:21Di Perlis, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,063 orang yang masih berlindung di 22 PPS.
00:30Di Selangor, jumlah mangsa banjir turun ke 2,712 orang dengan 30 PPS masih berperasi di 5 daerah termasuk Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabat Bernam.
00:42Di Negeri Sembilan, 77 orang ditempatkan di 2 PPS di Port Dickson.
00:47Di Kedah pula, jumlah mangsa seramai 303 orang daripada 90 keluarga yang masih berlindung di 14 PPS.
00:55Manakala di Pahang, jumlah mangsa banjir naik kepada 629 orang daripada 214 keluarga dengan 19 PPS dibuka di 7 daerah.
01:06Sementara di Perak, 4,627 orang mangsa banjir ditempatkan di 30 PPS di 5 daerah.
01:13Di Kelantan, mangsa banjir turun kepada 955 di tiga jajahan terjejas iaitu Pasir Mars, Tumpat dan Gomusang di mana 6 PPS masih berperasi.
01:23Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended