Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Hanya satu dinding yang tinggal daripada rumah Afrianti, 41 tahun, selepas banjir besar melanda Sumatera dan memusnahkan seluruh kejiranannya. Bencana hujan siklon itu telah meragut 336 nyawa, dengan ratusan lagi masih hilang. Lebih 80,000 orang dipindahkan sementara operasi bantuan berdepan cuaca dan keadaan geografi mencabar. Afrianti dan keluarganya kini berlindung di bawah tarp biru, berharap bantuan tiba untuk membina semula kehidupan.
Transcript
00:00Susulan banjir buruk di Sumatera. Di celah-celah kisah terselamat daripada banjir buruk, ada harapan untuk bantuan pasca bencana.
00:08Afrianti, 41 tahun misalnya, tinggal selai sepinggang selepas kawasan kejiranannya di Sumatera musnah dibawa arus banjir besar minggu ini.
00:19Di tempat Afrianti bersama keluarganya, seramai sembilan orang kini berteduh. Mereka menunggu bantuan tiba sambil berharap mereka dapat membina semula kehidupan dari awal.
00:30Ini rumah saya, rumah pribadi. Keluarga di sini, sembilan orang keluarga.
00:40Yalah, habis semuanya, nggak ada yang terbawa keluar.
00:44Cuma baju yang dipakai sama yang di badan saja, yang dibawa.
00:49Nggak ada semuanya yang dibawa, yang bisa dikeluarkan.
00:52Kerana air itu tiba-tiba langsung naik.
00:56Jadi kita udah takut, udah pergi lari semuanya, pergi ngonsi.
01:01Nggak ada lagi.
01:03Pas kejadian itu, sesudah Jumat, rumah ini habis.
01:08Ada lagi kegiatan.
01:10Hancur semuanya.
01:11Menurut Ketua Agensi Mitigasi Bencana Indonesia pada Ahad, dengan ratusan lagi masih hilang, bencana banjir dan tanah runtuh akibat hujan saiklon di Pulau Sumatera, kini mencatat 336 kematian.
01:25Seramai 80,000 penduduk telah dipindahkan, manakala ratusan lagi masih terperangkap di tiga wilayah paling terjejas.
01:31Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Jumaat memaklumkan kerajaan telah menghantar empat pesawat membawa bantuan, namun operasi berdepan cuaca buruk dan bentuk muka bumi mencabar.
01:42Dalam minggu yang sama, Indonesia, Malaysia dan Thailand turut berdepan hujan lebat luar biasa di pacu ribut saiklon, termasuk pembentukan ribut tropikal jarang berlaku di Selat Melaka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended