Universiti Islam Gaza memulakan langkah awal ke arah pemulihan akademik apabila kembali menjalankan sesi pembelajaran bersemuka secara berperingkat, meskipun bangunan kampus mengalami kerosakan teruk dan sebahagiannya ranap akibat serangan udara Israel.
00:00Universiti Islam Gaza memulakan langkah awal ke arah pemulihan akademik apabila kembali menjalankan sesi pembelajaran bersemuka secara berperingkat.
00:08Perkembangan ini berlaku di sebalik terdapat bangunan kampus mengalami kerosakan teruk dengan sebahagiannya ranap akibat serangan udara Israel.
00:17Pembukaan semula kampus itu menandakan detik bersejarah buat ribuan pelajar yang terhenti pengajian selama dua tahun ekoran serangan Israel
00:25yang memustahkan hampir keseluruhan infrastruktur pendidikan di semenanjung Gaza.
00:29Menurut pejabat media Gaza, perang tersebut memusnahkan 165 sekolah, universiti dan institusi pendidikan
00:36manakala 392 lagi mengalami kerosakan sebahagian sekaligus melumpuhkan sektor pendidikan di wilayah berkenaan.
00:43Sebahagian bangunan universiti turut dijadikan tempat pelindungan bagi ratusan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman
00:51sekaligus memaksa pihak pentadbiran universiti merayu kepada pihak berkuasa agar menyediakan penyelesaian segera
00:57dan menempatkan keluarga terbabit ke penempatan alternatif.
01:01Anggaran awal menunjukkan Gaza kini memerlukan kira-kira 300,000 kemah dan rumah pasang siap
01:07bagi menampung keperluan tempat tinggal penduduk yang terkesan.
01:11Sementara itu, keruntuhan bangunan universiti memaksa proses pembelajaran sepanjang perang dilakukan secara dalam talian
01:17walaupun terdapat gangguan elektrik, komunikasi dan perpindahan penduduk.
01:22Selamai 4,000 pelajar tetap berjaya menamatkan pengajian melalui pembelajaran jarak jauh sepanjang tempoh perang.
01:28Manakala kemasukan pelajar baru kini berlangsung buat kali pertama secara bersemuka sejak Oktober 2023.
01:33Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh hampir 70,000 penduduk Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,
01:40serta mencederakan lebih 170,900 orang dalam perang lebih dua tahun yang menyebabkan wilayah tersebut musnah sama sekali.
Be the first to comment