Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 303 mangsa dilaporkan maut manakala 279 masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda tiga wilayah di Sumatera, Indonesia. Ketua BNPB Suharyanto berkata Sumatera Utara merekodkan angka korban tertinggi, diikuti Sumatera Barat dan Aceh. Operasi mencari dan menyelamat, pemulihan komunikasi serta penghantaran logistik kini menjadi keutamaan ketika cuaca mula pulih.
Transcript
00:00Dalam perkembangan sama, sebanyak 303 mangsa disahkan maut, manakala 279 lagi masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda tiga wilayah di rantau Sumatera, Indonesia.
00:12Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional, BNPB, hujan lebat menenggelamkan keseluruhan komuniti, memaksa puluhan ribu penduduk dipindahkan selain menyebabkan ramai terperangkap apabila akses ke kawasan terjejas terputus.
00:25Ketua BNPB, Suha Rianto berkata, Sumatera Utara mencatat angka korban tertinggi dengan 166 kematian dan 143 masih belum ditemui.
00:36Di Sumatera Barat, 90 mangsa disahkan maut dan 85 hilang, manakala Aceh merekodkan 47 kematian dan 51 masih hilang.
00:44Belia yang mempenguruskan mesyuarat penyelarasan bersama pasukan BNPB di tiga wilayah paling terjejas menegaskan bahawa operasi perlu ditingkatkan berikutan keadaan cuaca yang mula menunjukkan pemulihan.
00:56Menurutnya, agensi kini memberi tumpuan kepada tiga keutamaan iaitu operasi mencari dan menyelamat, memulihkan sistem komunikasi yang terputus serta memastikan penghantaran logistik kepada penduduk terjejas dapat dilakukan segera.
01:14Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended