Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Perbincangan pasca PRN Sabah ke-17 tentang apa makna keputusan politik terbaharu kepada poket rakyat dan hala tuju ekonomi negeri. Fokus kepada pertumbuhan KDNK Sabah yang lembap, kadar kemiskinan tertinggi negara, keutamaan dasar kerajaan baharu, kestabilan politik untuk yakinkan pelabur, tuntutan MA63 serta potensi sektor baharu termasuk tenaga boleh baharu dan peluang pekerjaan untuk anak muda Sabah.
Transcript
00:00Selepas rakyat buat pilihan di Peti Undi, apa sebenarnya makna keputusan politik ini untuk poket dan masa depan ekonomi Sabah?
00:07Sabah masih berkembang jauh lebih perlahan berbanding purata nasional dan kekal sebagai negeri dengan kadar kemiskinan tertinggi.
00:14Keputusan pilihan raya sahaja bukan sehir yang boleh ubah realiti ekonomi semalaman.
00:19Kalau kita melihat KDNK Sabah 2024 berkembang sekitar 1.1% berbanding Malaysia iaitu kadar nasional pada 51% dengan nilai kira-kira 84.3 bilion ringgit.
00:31Manakala kadar kemiskinan mutlak di Sabah sekitar 17.7% yang tertinggi di Malaysia.
00:37Dan sudah bersedia dalam talian untuk bantu kita memahami langskap ekonomi Sabah dan Malaysia secara keseluruhan pasal PRN Sabah ke-17 adalah Dr. Mohd Abzan Nizam, Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Mohamalat Malaysia Berhad.
00:48Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Karin Sudi meluangkan masa bersama kami.
00:51Kita membincangkan sehari selepas perbetulkan kerajaan baru negeri Sabah.
00:55Dan bila kita tengok ekonomi Sabah hari ini, pertumbuhan yang kalau lihat berdasarkan statistik, lihat lembab dan paling perlahan antara negeri-negeri lain, kemiskinan yang tertinggi.
01:04Jadi adakah keputusan pilihan raya kali ini benar-benar mampu mengubah trajetri ini?
01:09Atau kita sebenarnya meletakkan harapan berlebihan bahawa politik boleh menyelesaikan segala masalah struktur?
01:14Bagaimana pandangan Dr.
01:15Terima kasih Nina. Saya rasa faktor politik memangnya memakan peranan yang penting kerana ahli politik ini akan membentuk executive branch ataupun bahagian executive yang akan mentadbir negeri tersebut.
01:31Dan di bawah tersebut, badan executive tersebut ada jentera kerajaan yang akan memacu agenda pembangunan ekonomi di negeri Sabah.
01:42Dan seperti yang disebut oleh Nina tadi, beberapa matrix ekonomi di Sabah memang menunjukkan masih lagi banyak kerja yang perlu dilaksanakan.
01:51Kalau dilihat seperti yang disebut oleh Nina tadi, pertumbuhan ekonomi 1.1% dan kalau kita lihat pecah-pecahnya itu, dua sektor utama yang memainkan peranan penting kenapa pertumbuhan itu begitu lembab iaitu sektor pertanian dan juga sektor perlombongan.
02:07Dan kedua sektor ini membentuk kalau pertanian lebih kurang 14.5% daripada nilai KDNK, kemudian dari segi mining and acquiring ataupun perlombongan 22%.
02:21Manakala pembuatan ataupun manufacturing hanya 7.2%. Justru kalau kita lihat, pertamanya dua sektor utama ini, pertanian dan perlombongan menguncup sebanyak 3.4% dengan 5.5% yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan 1.1%.
02:42Dan kalau kita lihat pecahnya seterusnya, sektor pembuatan 7.2% itu sedikit sebanyak sebenarnya dia memberi satu signal ataupun insyarat bahawa dari segi nilai tambah dari sudut ekonomi Sabah ini masih lagi banyak yang perlu diperbaiki lah.
02:58Dan dengan berakhirnya pilihan raya negeri baru-baru ini, saya kira dari segi ketidakpastian politik itu banyak yang telah dapat dirungkai dan ini telah akan dan kita dapat lihat parti GRS terus memacu ataupun mengungguli landscape politik dengan negeri tersebut.
03:21Dan seharusnya akan membuka ruang yang lebih besar lagi untuk parti tersebut bersama koalisyen parti untuk meneruskan agenda pembuatan ekonomi seperti yang termaktub dalam Sabah Maju Jaya ataupun SMJ.
03:35Jadi kalau ini dapat dilaksanakan, saya kira dividen daripada kestabilan politik itu dapat direalisasikan dengan jelas dan ini memerlukan suatu usaha yang berturusan dan secara konsisten untuk dilaksanakan.
03:49Baik Doktor, kalau kita lihat tempoh kempen 14 hari dan kita lihat dalam tempoh 14 hari itu penuh dengan ketidaktentuan polisi di mana kita tunggu dan melihat kebanyakan daripada pelabur.
03:59Dan sudah tentu dalam tempoh 2 minggu 14 hari itu kita akan membaca bagaimanakah mood-mood kerajaan baru. Pelabur itu akan menilai perkara itu.
04:07Tetapi bukan itu sahaja, rakyat itu sendiri akan menilai dalam tempoh 14 hari kempen yang dijalankan dan telah dilaksanakan bagaimanakah iaitu struktur ataupun bagaimana untuk kita baca mood ataupun sentimen dalam kelangganan rakyat terhadap iaitu kita lihat sentimen mereka terhadap kelulusan ataupun keyakinan mereka terhadap pembangunan Sabah oleh pemimpin-pimpin ini.
04:27Dan jika kita bandingkan janji ekonomi kerajaan Sabah yang baru dengan keperluan sebenar negeri, mungkin kalau kita lihat mungkin tempoh kempen untuk memacu, untuk meningkatkan, naikkan agenda mereka dalam banyak pressure.
04:40Tetapi kita sudah pun mendapat kerajaan negeri baru.
04:43Tapi kita tahu segala pelaksanaan itu perlu disegerakan.
04:46Jadi apa antara dua bottleneck struktur paling kritikal yang wajib mereka selesaikan dahulu?
04:51Kalau bercakap tentang bottleneck, saya kira isu berkenaan dengan karenah birokrasi sememangnya suatu perkara yang sentiasa mendapat tempatlah yang mana kita sedia maklum.
05:03Kalau kita bercakap tentang dana, saya rasa dana tersebut boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan sebagainya dengan menggunakan dasar fiskal.
05:12Namun tidak kurang penting juga dari segi perlaksanaan.
05:16Dan di sini saya kira ia menuntut karenah birokrasi perlu dilancarkan supaya ia akan memudahkan perlaksanaan perniagaan, perlaksanaan program-program pelaburan
05:28dan bagaimana ia disesuaikan dengan landscape ekonomi negeri Sabah yang saya kira kalau bercakap dari segi infrastrukturnya itu sangat berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung.
05:40Dan saya kira kosnya begitu tinggi. Dan di sini saya kira isu-isu seperti, ialah sudah dibincangkan berkenaan dengan 40% share pendapatan yang sepatutnya dibiarkan kepada negeri-negeri Sabah dan sebagainya itu sedang dirundingkan.
05:58Saya percaya satu keputusan yang baik akan dapat dicapai. Tapi seterusnya mungkin dari segi selain berkenaan birokrasi adalah dari segi tata kelola.
06:07Bagaimana dana yang diperoleh itu ditakbir dengan telus dan dapat menghasilkan suatu outcome yang mahu dicapai.
06:15iaitu sudah pasti salah satunya adalah mempembahaskan kemiskinan secara mutlak dan kemudian mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti dan pengakhirannya dapat meningkatkan pendapatan rakyat Sabah
06:27dan orang kata itu dapat mewujudkan keadaan apa yang diperoleh sebagai social upward mobility di kalangan rakyat Sabah.
06:34Saya kira ini dua perkara ini karenah birokrasi, tata kelola, dua perkara penting yang perlu ditunjangi oleh kerajaan yang baru dibentuk ini.
06:45Baik, pada awal perbincangan tadi doktor berkatakan pemimpin politik adalah sangat penting kerana mereka adalah yang akan memimpin bukan sahaja pembangunan ekonomi Sabah
06:55tapi adalah masa hadapan rakyat untuk generasi-generasi yang akan datang.
06:58Dan melihat kepada apa yang telah dikongsikan oleh doktor antara dua pemacu sektor utama adalah sektor pertanian, pelombongan, mining.
07:05Dan kalau kita lihat antara pembaikan yang perlu diselesaikan segera selepas perbetulkan kerajaan negeri baru ini adalah antara dua perkara adalah karenah birokrasi untuk kita kurangkan.
07:13bagaimana untuk memastikan tata kelola itu yang lebih tulus dalam membahas miskinan seperti contoh meningkatkan peluang pekerjaan yang berkualiti.
07:20Tapi ini adalah antara dua perkara yang disegerakan selepas pembentukan kerajaan negeri baru.
07:25Tetapi kita nak lihat dalam tempoh jangka panjang juga antara pembaikan yang realistik untuk rakyat Sabah ini contoh dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
07:33Bagaimana untuk kita lihat dari segi pertumbuhan, peluang kerja dan penguruhan kemiskinan di bawah barisan kepimpinan baru ini.
07:40Berikan gambaran yang untuk kita lihat segala pembangunan ini yang dalam pada tahap yang positif, momentum yang agak positif dalam tempoh lima tahun ini doktor.
07:48Saya kira data yang saya kongsi pada awal perbincangan kita tadi iaitu share ataupun nisbah sektor pembuatan atau manufacturing iaitu sekitar 7% itu saya kira agak rendah lah.
08:03Dan ia sebenarnya menunjukkan bahawa tahap nilai tambah ataupun value added activities di dalam ekonomi Sabah masih lagi banyak perlu diperbaiki.
08:13Ini berarti kita mahukan suatu aktiviti ekonomi yang lebih bersifat rencam ataupun kompleks.
08:20Bila cakap ekonomi aktiviti yang lebih kompleks, contoh kalau kita lihat tadi kita kata satu pertanian yang mempunyai ini sebanyak agak besar itu 14%.
08:28Maksudnya bukanlah kita bercakap hanya untuk menanam tanaman tapi kita bercakap tentang teknologi dan bagaimana teknologi tersebut dapat digembeling dengan sebaiknya untuk meningkatkan hasil dan kemudian bukan setakat menghasilkan produk-produk agromakanan tetapi bagaimana ia pula diproses kepada barangan yang lebih mempunyai nilai tambah yang tinggi lah.
08:50Yang ini sekiranya proses ini dapat dilaksanakan dia akan membentuk sektor yang lain pula seperti sektor pembuatan lah atau pembuatan untuk manufaktur barang-barang hasil agromakanan tadi.
09:05Dan ini proses ini sudah pasti akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
09:10Dan bercakap tentang peluang pekerjaan, bercakap tentang keperluan industri, sudah pasti sektor pendidikan mempunyai peranan yang penting kerana sektor pendidikan ini memastikan guna tenaga mahir dapat dilahirkan dan memenuhi keperluan industri.
09:24Sekiranya sektor pendidikan ini latihan dan sebagainya tidak ditangani dengan baik, maka berlakulah keadaan yang mana permintaan terhadap talent ataupun bakat tidak dapat ditemui ataupun dipenuhi dengan bakat yang sedia ada.
09:39Jadi melakukan mismatch ketidak setaraan dari segi penawaran buruh dengan permintaan buruh.
09:47Jadi perkara ini juga memainkan peran penting untuk kerajaan negeri perhatikan untuk tempoh sederhana dan jika panjang.
09:55Baik Doktor, sebelum kita mengakhiri perbincangan ini, mungkin kita lihat di mana hampir semua parti jadikan MA63 dan tutupan 40% hasil sebagai modal utama kempen selepas pasca PRN ini.
10:08Apa yang secara realistik boleh berubah dalam berundingan dengan kerajaan persekutuan?
10:13Saya tak pastilah apa butiran yang bakal dirundingkan tetapi yang pasti kalau boleh kedua-dua pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mencapai suatu keputusan yang harmoni.
10:26kerana kedua-dua unsur ini saling perlu memerlukan dan terbinanya negara Malaysia ini pada 1963 itu dibina atas hasrat untuk bekerjasama dengan lebih baik untuk mencapai suatu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan sebagainya.
10:44Jadi saya kira berbekalkan semangat yang sebegitu rupa, saya percaya pertadbiran yang ada sekarang ini akan menggunakan sebaik mungkin dari sekepijaksanaan untuk mencapai suatu persetujuan yang akan mewujudkan outcome yang menang-menanglah bagi kedua-dua belah pihak.
11:01Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended