Minggu lalu, ringgit mencatat aliran peningkatan pada Isnin, Selasa dan Khamis, namun susut pada Rabu sebelum mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh pada Jumaat, di tengah-tengah jangkaan AS menurunkan kadar faedahnya pada Disember.
00:00Baik, kita teruskan dengan perkembangan matriks ekonomi utama yang lain dengan ringgit yang dijangka terus mengukuh diniagakan dalam Julan 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar AS minggu ini.
00:11Ia tak kala, peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang syarat jawatan kuasa pasaran terbuka Rizal Persekutuan Fed AS pada Disember ini.
00:20Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan berkaitan kadar faedah Fed dengan kebarangkalian penurunan sebanyak 25 mata asas yang melangkaui 80% terus menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pergerakan ringgit.
00:38Selain itu, minggu ini akan menyaksikan tumpuan kepada Indeks Institut Pengurusan Bekalan ISM Perbelanjaan Penggunaan Peribadi dan Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan.
00:48Bagi minggu lalu, ringgit mencatat aliran peningkatan pada Isnin, Selasa dan Kamis namun susut pada Rabu sebelum mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh pada Jumaat di tengah-tengah jangkaan AS menurunkan kadar faedahnya pada Disember.
01:03Mohd Afzanizam berkata, Bank Muamalat Malaysia juga menjangkakan gandingan dolar AS ringgit diniagakan lebih tinggi pada 4.12 hingga 4.13 berbanding dolar AS pada minggu ini.
01:14Sementara itu, kenangan investment Bank Berhad, kenangan IB berkata ringgit mengukuh dalam julat kecil 4.13 hingga 4.14 berbanding dolar AS apabila indeks dolar AS susut di bawah paras 100.
01:29Susulan kekurangan faktor yang boleh mencabar naratif Fed menurunkan kadar faedah, Bank Pelaburan itu berkata, kalangan pelabur mungkin terus mengukuhkan lagi andaian pengurangan itu pada Disember yang hanya menyumbang kepada kelemahan dolar AS.
01:41Bagi asas perbandingan secara mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS apabila ditutup lebih tinggi pada 4.1300 berbanding 4.1460 minggu sebelumnya.
01:54Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan meningkat berbanding kumpulan mata wang utama.
Be the first to comment