Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Berikutan bencana banjir Monsun Timur Laut, sejumlah 2,447 calon SPM di beberapa daerah Pahang dikenalpasti terjejas akibat bencana itu.
Transcript
00:00Baik dalam badan itu, Jabatan Pendidikan Negeri JPN Pahang mengenal pasti 2,447 calon sijil pelajaran Malaysia SPM yang berisiko terjejas akibat banjir di beberapa daerah negeri itu.
00:12Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Pahang, Hanita Kasim berkata, setakat ahad, 122 calon disahkan menjadi mangsa banjir, membabitkan 111 di Lipis, 6 di Temeloh, 4 di Kuantan dan 1 di Pekan.
00:27Tegas beliau keutamaan JPN adalah memastikan calon SPM menerima bantuan segera termasuk memindahkan mereka dari sekolah atau kediaman yang dinaiki air bagi menjamin kelancaran peperiksaan.
00:40Seramai 109 calon di sekolah mendengar kebangsaan Clifford, Kuala Lipis telah dipindahkan ke SMK Kuala Lanar sejak Jumat lepas selepas dewan peperiksaan di sekolah mereka dinaiki air.
00:52Pemindahan dilakukan menggunakan bas dan calon ditempatkan di asrama SMK Kuala Lanar.
00:59Calon yang dipindahkan akan menduduki peperiksaan di dua kelas khas yang disediakan, manakala calon sekolah itu pula kekal menggunakan dewan peperiksaan asal.
01:08Sementara itu, kerajaan negeri menyediakan juada makmur kepada semua calon SPM bagi memastikan kebajikan mereka terjamin sepanjang peperiksaan yang bermula isnit dengan kertas matematik aneka pilihan, kertas 1 dan matematik kertas 2.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended