Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Situasi banjir di 10 negeri semakin baik apabila jumlah mangsa di PPS menurun kepada 14,218 orang daripada 4,578 keluarga setakat jam 11.30 malam.
Transcript
00:00Situasi banjir di sepuluh negeri bertambah baik apabila jumlah mangsa ditempatkan di 175 pusat pemindahan sementara PPS berkurangan kepada 14,214 orang sejak jam 11.30 malam tadi.
00:13Di Terengganu, jumlah mangsa menurun kepada 1,793 orang dengan jumlah daerah terjejas kekal 7.
00:20Di Pelis, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,065 orang yang masih berlindung di 22 PPS.
00:27Di Selangor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,727 orang dengan 30 PPS masih beroperasi di 5 daerah termasuk Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.
00:39Di Negeri Sembilan, 85 orang ditempatkan di 2 PPS di Port Dickson.
00:43Di Kedah pula, jumlah mangsa seramai 304 orang daripada 92 keluarga yang masih berlindung di 14 PPS.
00:50Manakala di Pahang, jumlah mangsa banjir naik kepada 627 orang daripada 212 keluarga dengan 19 PPS dibuka di 7 daerah.
01:00Di Perak, 4,632 orang mangsa banjir ditempatkan di 30 PPS di 5 daerah.
01:06Sementara itu, di Kelantan, mangsa banjir turun kepada 959 di 3 jajahan terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.
01:156 PPS masih dibuka.
01:16Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended