Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Venezuela akan memperkenalkan langkah khas untuk mengatur perjalanan keluar masuk warganegaranya di tengah-tengah kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai penutupan ruang udara di seluruh negara.
Transcript
00:00Venezuela bakal melaksanakan langkah khas kawal selia perjalanan keluar dan masuk rakyatnya, susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mencadangkan penutupan ruang udara negara itu.
00:11Naik Presiden Venezuela, Delcy Rodigues berkata, Presiden Nicolas Maduro telah mengarahkan pelaksanaan pelan khas bagi membantu rakyat Venezuela yang terkandas di luar negara, selain memudahkan proses pelepasan bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar wilayah Venezuela.
00:27Menurut beliau, kerajaan telah mengaktifkan semua saluran diplomatik dan mekanisme pelbagai hala mengikut undang-undang aturabangsa bagi menghentikan tindakan yang dianggap tidak sah serta bertentangan dengan peraturan penerbangan global.
00:42Pada Sabtu, Trump menggesa syarikat penerbangan supaya mempertimbangkan penutupan ruang udara di seluruh dan sekitar Venezuela, tindakan yang disifatkan Caracas sebagai ancaman dan capur tangan terhadap perdaulatan negara tersebut.
00:56Pihak berkuasa Venezuela terut menuntut AS menghormati ruang udara mereka dan merayu kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu serta pertubuhan penerbangan awam antarabangsa atau ICAO agar mengutuk kenyataan Washington yang dakwa sebagai penggunaan tekanan ketenteraan.
01:13AS sebelum ini mempertahankan kehadiran tenteranya di Karibian dengan alasan memerangi pengadilan dadah termasuk operasi yang memusnahkan beberapa kapal yang didakwa membawa bahan telarang di perairan luar pantai Venezuela pada September dan Oktober lalu.
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended