Skip to playerSkip to main content
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata semua bantuan kerajaan golongan muda yang berumur 30 tahun ke atas akan diteruskan susulan penetapan had umur belia Malaysia kepada 15 hingga 30 tahun.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Maslis Belia Malaysia telah memaklumkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mendapatkan bantuan kepada golongan Belia 30 tahun ke atas yang masih memerlukan intervensi kerajaan.
00:16Dan Kementerian Belia dan Sukan telahpun membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri penyelarasan sokongan dan bantuan kerajaan kepada Belia pasca penguatkuasaan penurunan had umur Belia pada 28 November 2025 iaitu minggu lepas Kabinet baru membincangkan dan meluluskan kertas ini.
00:37Antara langkah yang kita akan pastikan kita ambil adalah untuk memastikan semua bantuan kerajaan kepada golongan muda yang berumur 30 tahun ke atas walaupun mereka tidak lagi dipanggil Belia kita panggil mereka anak muda.
00:54Saya bagi contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai pelbagai grant yang dibenarkan untuk golongan muda ini 30 tahun ke atas masih boleh memohon dana kerajaan untuk membantu mereka.
01:09Untuk dalam sektor pertanian juga kerana kita tahu ramai anak muda kurang suka outdoor pekerjaan di luar jadi untuk grant-grant khas untuk petani yang itu juga akan dikekalkan untuk membantu petani-petani muda.
01:28dan pelbagai lagi program yang melibatkan Kementerian lain semua ini akan diteruskan untuk membantu golongan anak muda 30 tahun ke atas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended