Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 menjadi pemacu penting Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dengan menyasar pengurangan 25 peratus beban kawal selia dan memperkenalkan dasar “satu masuk, satu keluar”. Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam JPA, Syuhaida Abdul Wahab Zen berkata pendekatan baharu itu mengangkat konsep penciptaan bersama dengan rakyat dan komuniti perniagaan, selain mempercepat urusan seperti lesen perniagaan, pasport dan imigresen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 atau Akta Iltizam menjadi antara pemacu utama di bawah agenda reformasi perkhidmatan awam sekaligus menyasar pengurangan kerenah birokrasi yang lama dikaitkan dengan urusan rakyat dengan kerajaan.
00:16Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Syohaida Abdul Wahab Zain menjelaskan Akta Berkenaan Digubal untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan melalui beberapa langkah utama termasuk sasaran pengurangan 25% dengan kawal selia.
00:33Katanya, pelaksanaan Akta Iltizam tidak lagi berasaskan pendekatan government knows best. Sebaliknya mengangkat konsep penceritaan bersama, co-creation bersama rakyat dan komuniti perniagaan.
00:47So bagaimana kecekapan itu ditingkatkan, ada panduannya tadi. Semakan, pengurangan 25% memperkenalkan one in one out ataupun dasar satu masuk, satu keluar.
00:57So kalau kita lihat dekat sini bagaimana dari segi rakyat mendapat manfaat itu, di bawah kerangka kerja Iltizam ini sebenarnya pun, dia ada ruangan ataupun ada co-creation.
01:10Maksudnya kita mewujudkan sesuatu perkara itu bersama-sama dengan stakeholders ataupun pelanggan.
01:17So apa cadangan daripada pelanggan untuk dilaksanakan dan apa yang kerajaan boleh beri manfaat kepada pelanggan melalui penceritaan bersama ini.
01:27So dia bukan lagi setakat government knows best.
01:32So kita buat semua, rakyat tinggal nikmati. Tapi sekarang ini dia ada two-way interaction.
01:36Menerusi program rancakkan madani dan konvensyen nasional reformasi perkhidmatan awam, katanya kerajaan menyediakan ruang libat urus langsung menerusi reruai kementerian dan agensi termasuk platform seperti Gairi Walk untuk orang ramai menulis cadangan penambahbaikan dan menilai inisiatif sedia ada.
01:56Mengulas contoh pengurangan ribirokrasi, beliau berkata, urusan pembaharuan lesin perniagaan di Majlis Perbandaran Alur Gajah MPEAG kini beralih sepenuhnya kepada talian menggantikan keperluan mengisi pelbagai borang dan hadir secara fizikal.
02:12Menurut Syohaida, pengalaman lapangan pasukan pemantau ARPA bersama JPA, MPC dan PACU di Pejabat Immigration menunjukkan kesesakan di pintu masuk dan kaunter semakin berkurang, selari dengan matlamat akta iltizam untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, responsif dan berpaksikan rakyat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended