Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata sehingga 31 Okt lalu, seramai 911,788 peminjam PTPTN daripada keluarga penerima STR berjaya menyelesaikan bayaran balik pinjaman dengan RM13.89 bilion

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Hormat, pengkalan data PTPTN tidak mempunyai butiran mengenai pendapatan bulanan peminjam
00:06kerana rekod data peminjam adalah berdasarkan status peminjam semasa
00:10membuat permohonan yang rata-ratanya menggunakan pendapatan keluarga,
00:15ibu dan atau bapak atau penjaga bagi tujuan penetapan jumlah layak pinjaman.
00:21Merujuk kepada data kelulusan pinjaman, jumlah serta kadar bayaran balik pinjaman PTPTN
00:27mengikut pendapatan keluarga sehingga 31 Oktober 2025 adalah seperti berikut.
00:33Bagi peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman,
00:39seramai 911,788 peminjam daripada keluarga penerima bantuan sumbangan tunai rahmah
00:49berjumlah RM13,89 bilion.
00:52Yang kedua, 58,921 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi
01:00RM8,000 sebulan berjumlah RM703,45 juta
01:07dan 136,196 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan
01:15telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman berjumlah RM1,54 bilion.
01:20Bagi peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten
01:24yang tadi itu yang telah menyelesaikan bayaran balik
01:28yang membayar balik secara konsisten mengikut jadual
01:32RM450,522 peminjam adalah daripada keluarga penerima sumbangan tunai rahmah
01:38berjumlah RM4,17 bilion, RM131,386 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi RM8,000 berjumlah RM697,79 juta
01:52dan RM39,374 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan berjumlah RM362,36 juta.
02:03Manakala bagi peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pula
02:08RM967,796 peminjam adalah daripada keluarga penerima sumbangan tunai rahmah
02:17dengan tunggakan bayaran balik sebanyak RM10,23 bilion
02:21RM196,315 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi RM8,000 sebulan
02:29dengan tunggakan bayaran balik sebanyak RM539,35 juta
02:34dan RM64,618 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan
02:42dengan tunggakan bayaran balik sebanyak RM257,56 juta.
02:46Sekian, terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended