00:00Kerenah birokrasi dan tata kelola dana bukan lagi isu teknikal di atas kertas, kedua-duanya kini menjadi ujian utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan baru Sabah.
00:10Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Abzan Nizam Abdul Rashid, soal dana pembangunan dan pelaburan bukan sekadar tentang berapa banyak peruntukan diumumkan,
00:20tetapi sejauh mana proses kelulusan dipermudahkan dan bagaimana wang itu ditakbir secara telus demi manfaat rakyat.
00:30Itu berkenaan dengan kerenah birokrasi sememangnya suatu perkara yang sentiasa mendapat tempatlah yang mana kita sedia maklum.
00:37Kalau kita bercakap tentang dana, saya rasa dana tersebut boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan sebagainya dengan menggunakan dasar fiskal.
00:46Namun tidak kurang penting juga dari segi perlaksanaan dan di sini saya kira ia menuntut kerenah birokrasi perlu dilancarkan
00:55supaya ia akan memudahkan perlaksanaan perniagaan, perlaksanaan program-program pelaburan dan bagaimana ia disesuaikan dengan landscape ekonomi negeri Sabah.
01:07Tambahnya, matlamat akhirnya ialah mobiliti sosial yang sebenar untuk rakyat Sabah.
01:13Pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan, kesehatan dan sektor produktif lain hanya akan memberi makna jika ia membuka laluan untuk rakyat bergerak naik
01:22daripada kelompok miskin dan terpinggir kepada masyarakat yang lebih stabil dari segi ekonomi dan sosial.
01:28Kerajaan Baru Sabah perlu membuktikan bahawa ia bersedia menangani dua teras utama ini secara tuntas
01:33seperti merombak kerenah birokrasi yang mengikat pelaksanaan dasar dan memperkukuh tata kelola dana
01:39agar setiap keputusan perbelanjaan boleh dipertanggungjawabkan.
01:43Selepas peliharaan negeri Sabah ke-17 melabuhkan tirainya pada 30 November 2025,
01:49Datuk Seri Haji Jinur kembali menerajui pentadbiran negeri itu selepas secara rasminya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bagi penggal kedua.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments