00:00Baik, ini pula berita mengenai Selangor mengaktifkan 1,173 pusat pemindahan sementara PPS yang mampu menampung 244,000 mangsa banjir bagi menghadapi ribut tropika senyak.
00:14Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Cia'ari berkata, semua agensi negeri, daerah dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi keadaan cuaca yang dijangka mencabar.
00:24Jelas beliau, ini merupakan kali pertama Selangor berdepan situasi ribut tropika yang berpotensi membawa angin mencecah 50km sejam serta hujan lebat berpanjangan sehingga 29 November.
00:40Selain itu, sebanyak 344 kenderaan termasuk pacuan empat roda, lori berat dan 227 bot telah diletakkan di lokasi strategik untuk memastikan penghantaran bantuan kecemasan serta operasi mencari dan menyelamat dapat dijalankan segera.
00:55Amiruddin juga mengarahkan pemeriksaan dilakukan terhadap semua aset supaya ia sedia digunakan pada bila-bila masa.
01:03Tambahnya, Selangor memiliki 45 stesen siren amaran yang akan diaktifkan sekiranya paras air menunjukkan petanda mencapai tahap bahaya.
01:12Penduduk Selangor diminta mematuhi setiap arahan pemindahan dikeluarkan dan mendaftarkan diri serta seisi keluarga dalam situasi siren dibunyikan.
Be the first to comment