Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Abdul Muhari berkata komunikasi masih terputus di beberapa kawasan pulau itu, dan pihak berkuasa sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik serta membersihkan jalan yang terhalang akibat tanah runtuh.
Transcript
00:00Seramai 94 orang disahkan maut di Sumatera, Indonesia pada Jumaat, susulan banjir menurut data daripada pihak berkuasa tiga wilayah.
00:09Di daerah Padang, Pariyaman, Sumatera, di mana 22 orang terkorban, penduduk terpaksa berdepan paras air sekurang-kurangnya 1 meter dan masih belum dapat dihubungkan dengan pasukan mencari dan menyelamat.
00:22Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Abdul Muhari berkata komunikasi masih terpustus di beberapa kawasan pulau itu.
00:33Susulan itu pihak berkuasa sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik serta membersihkan jalan-jalan yang terhalang akibat tanah runtuh.
00:42Jelas Abdul bantuan akan disalurkan dan pasukan penyelamat akan dikerahkan melalui udara ke kawasan terjejas.
00:49Ya, kemarin itu kenaikan air itu sebenarnya dari pagi itu sudah mulai kelaikan, tapi masih lambat lah kan, masih lambat, masih persenti, masih lama lah kan.
01:00Terus mendadak ini dari abis zuhur lah, abis zuhur baru datang air yang agak cepat tingginya.
01:06Jadi kemarin itu rumah kan kebetulan ada tingkat dua, jadi semuanya vakuasi ke atas dan membawa berkas-berkas yang penting lah kan.
01:14Rencana ini mahu keluarkan bekal sudah mulai mefis kan, jadi kita persiapan di luar.
01:21Biar lebih aman di luar ni.
01:25Pada Khamis, Konsulat General Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan tiada rakyat negara ini yang dilaporkan terjejas secara langsung
01:33akibat kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Provinsi Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh setakat ini.
01:44Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended