Skip to playerSkip to main content
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah membabitkan pemberian wang oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes berkepentingan awam dan siasatan memperincikannya dijalankan segera bagi mengelakkan sebarang manipulasi mana-mana pihak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758540/berita/semasa/bekas-setiausaha-politik-kanan-pm-antara-tiga-individu-ditahan-sprm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki #PenahananShamsulIskandar #PenahananAlbertTei
Transcript
00:00Saya ingin memaklumkan perkembangan terkini siasatan terhadap kes tomahan rasuah yang melibatkan bekas kesusetia usaha politik kanan Perdana Menteri yang mana dikatakan Albert T. telah memberi rasuah kepada beliau untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada adun-adun Sabah.
00:18Ingin saya tegaskan kes ini merupakan kes berkepentingan awam dan atas faktor itu SPRM telah menjalankan siasatan dengan kadar segera agar tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
00:30Sehingga saat saya memberi kenyataan ini, SPRM telah menahan ketiga-tiga individu berkenaan iaitu Datuk Sri Samso Iskandar Muhammad Akin, Albert T. atau nama sebenarnya T. Jian Cheng dan juga wanita bernama Sofia Rini binti Boyung untuk membantu siasatan.
00:47Sofia Rini telah ditahan pada 27 November 2025 pada jam 10.30 malam ketika hadir di Pejabat SPRM dan Putrajaya bagi membantu siasatan.
00:57Pada hari ini, pada 28 November 2025, penumuhanan Riman telah dibuat di Mahkamah Magistri Putrajaya dan Magistri Izzah Zulaikha binti Ruhanuddin telah membenarkan Sofia Rini di Riman selama 4 hari sehingga Islian iaitu 1 Desember 2025.
01:13Manakala Albert T. yang pada mulanya dijangka hadir pada 1 Desember telah dimaklumkan untuk hadir lebih awal namun demikian beliau enggan hadir lebih awal dan enggan memberi kerjasama dengan siasatan SPRM yang dijalankan.
01:28Albert T. ditahan pada jam 10.00 pagi di rumah beliau.
01:31Seperti mana semua sedia maklum, Albert T. adalah orang yang paling penting bagi membantu siasatan kes ini.
01:38SPRM juga telah menyerahkan Notis Seksyen 28A-9 Kanun Prosedur Jenayah kepada Albert T. yang mana ia memberi kuasa pada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak tertuduh untuk berhubung dengan pengguam dan mana-mana pihak lain.
01:53Selain daripada itu, SPRM juga telah menahan Datuk Seri Syamsul Iskandar bin Mohd Akin di Pejabat SPRM pada hari ini jam 12.51 tengah hari untuk membantu siasatan dalam kes ini.
02:05Datuk Seri Syamsul Iskandar datang memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
02:12SPRM dijangka akan membuat permohonan Riman kepada Albert T. dan Datuk Seri Syamsul Iskandar bin Mohd Akin di Mahkamah Magistrik Putrajaya pada esok hari.
02:23SPRM akan menyiasat kes ini secara profesional dan adil berlandaskan lunas undang-undang yang diberikan.
02:30Mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan juga mempunyai hak untuk mempertikarkannya di mahkamah.
02:39Di sini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengarahkan semua pegawai untuk menangkapkan siasatan dalam tempoh seminggu ini untuk dikembangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan beliau secepat mungkin.
02:51Sebarang perkembangan siasatan mengenai kes ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
02:58Justru itu saya menyuruh semua pihak untuk bersabar dan jangan membuat spekulasi di dalam kes ini.
03:04Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended