Skip to playerSkip to main content
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan, Albert Tei di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Peguam mewakili Albert, Mahajoth Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada Isnin depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758505/berita/semasa/pegawai-sprm-pecah-masuk-rumah-gari-albert-tei---peguam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AlbertTei #SPRM #AlbertTeiditahanSPRM
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menyerbu kediaman ahli perniagaan Albert T. di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat.
00:09Peguang mewakili Albert, Mahajuk Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada isnin depan.
00:19Beliau turut memaklumkan, pegawai SPRM juga mahu membawa Albert yang merupakan individu utama dalam kes dakwaan rasuah terhadap ahli politik terkenal ke ibu pejabat mereka di Putrajaya.
00:31Seorang lagi peguam mewakili Albert T., Zaid Malik mendakwa beberapa pegawai SPRM memecah masuk rumah ahli perniagaan itu secara paksa dan membawanya keluar dalam keadaan tangan bergari.
00:42Zaid berkata, beliau juga dihalang daripada bertemu dengan anak buamnya oleh pegawai SPRM dan anggota polis sejurus tiba di lokasi kejadian.
00:52Menurutnya, Albert dikelilingi pegawai bersenjata yang memakai balak lava dan situasi memperlihatkan seolah-olah mereka sedang menangkap seorang pengganas.
01:01Bagi manapun dalam perkembangan terkini, Albert T. yang ditahan sepasukan pegawai SPRM dibawa pulang semula ke rumahnya sebentar tadi dipercayai bagi membantu siasatan kes terhadapnya.
01:13Perkara itu disahkan oleh Zaid dan difahamkan, Albert dibawa masuk ke dalam kediamannya dengan tangan bergari.
01:19Zaid berkata, beliau mendapat berita Albert dibawa masuk semula ke rumahnya ketika dalam perjalanan untuk bertemu ahli perniagaan itu.
01:27Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended