Situasi banjir di lima negeri, iaitu Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala Perlis, Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan, setakat malam ini.
00:00Situasi banjir di lima negeri iaitu Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara PPS.
00:11Sementara Perlis, Kelantan dan Kedah pula menunjukkan penurunan setakat 11.30 malam tadi.
00:17Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 9,871 orang yang ditempatkan di 127 PPS di Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungon, Hulu Terengganu dan Besut.
00:33Di Selangor, 4,004 mangsa ditempatkan di 29 PPS di Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.
00:41Di Pahang, 2,220 mangsa sedang berlindung di 52 PPS di Kuantan, Marang, Raup dan Lipis.
00:49Di Perak, 5,339 mangsa ditempatkan di 46 PPS di enam daerah.
00:55Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 341 orang dengan kesemua mereka ditempatkan di 7 PPS di lima daerah.
Be the first to comment