Polis Hong Kong akan mengumpulkan setiap bahan bukti dalam siasatan menyeluruh mengenai kebakaran di Wang Fuk Court, Tai Po, yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat minggu, kata Setiausaha Keselamatan Hong Kong Chris Tang Ping-keung, pada sidang media Jumaat, lapor Xinhua.
00:00Polis Hong Kong sedang mengumpulkan bahan bukti berhubung punca kebakaran di Wang Fukot, Taipo.
00:07Media tempatan Sin Hua yang memetik setiusaha keselamatan Hong Kong, Chris Tang Ping Kiong, sebagai berkata, proses tersebut dijangka mengambil masa 3 hingga 4 minggu.
00:18Menurutnya kebakaran itu dipercayai bermula pada jaring perimeter tingkat bawah bangunan Wang Chiang sebelum membakar papan busa penebat dan merebak dengan cepat ke bangunan lain.
00:30Keadaan itu menyebabkan kaca pecah, api marak dengan mendadak dan merebak ke dalam bangunan mengakibatkan bencana dengan kebakaran serentak berskala besar.
00:39Selain itu suhu tinggi turut membakar perancah buluh dan serpihan buluh yang terbakar jatuh lalu membakar jaring perancah lain.
00:47Tambah beliau lagi operasi mencari dan menyelamat itu selesai sepenuhnya pada jam 10.18 pagi Jumaat waktu tempatan.
00:55Kejadian itu meragut nyawa 128 penduduk dengan kira-kira 200 lagi masih belum diketahui statusnya.
01:02Beliau juga tidak menolak kemungkinan angka itu akan terus meningkat apabila polis memasuki lokasi tersebut untuk siasatan lanjut.
01:09Selain itu, 12 anggota bomba dan penyelamat juga cedera ketika terlibat dalam operasi terbabit.
Be the first to comment