Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor turut mengaktifkan pasukan sokongan melibatkan 47 anggota tambahan serta 50 aset logistik, selain bantuan daripada Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) yang membabitkan 11 anggota dan 15 pacuan empat roda.
Transcript
00:00Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Selangor, tetap berada dalam tahap kesiapsiagaan walaupun selepas ribut tropika senyar yang melanda malam Khamis, kini melemah kepada tekanan rendah.
00:11Ini kerana fenomena itu masih membawa hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga ahad ini.
00:17Menurut pengarah APM Selangor, Kolonel Fazli Shah Muslim, sebanyak 638 anggota dikerahkan di sembilan daerah seluruh negeri dengan sokongan 122 aset darat dan air termasuk pacuan empat roda, lori pemindahan dan beroperasi.
00:35Yang mana semalam sendiri kita dah gerakkan dua daerah daripada Kuala Langat dan daripada Gombak untuk turun kita buat staging area iaitu di APM Kelang.
00:47Di mana kita letakkan aset darat dan juga air sebagai sokongan yang mana kalau boleh saya sebut sini sejumlah 50 aset logistik air dan juga logistik darat yang telahpun kita gerakkan.
01:03Ini tidak termasuk sejumlah 47 penibantuan anggota ataupun sokongan main power yang kita dapatkan juga daripada daerah-daerah yang berhampiran.
01:14Tidak ketinggalan kita juga mendapat sokongan padu daripada pertubuhan sahabat pertanian awam iaitu PESPA dan kita dapat sokongan sejumlah 11 orang anggota mereka termasuk 15 aset 4x4.
01:29APM menjangkakan risiko banjir meningkat susulan hujan antara 200 hingga 300 mm dalam tempoh 3 hari ditambah fenomena air pasang besar yang boleh melambatkan aliran keluar air.
01:42APM antara lain turut mengingatkan orang ramai supaya mengelak aktiviti laut, menyediakan beg kecemasan dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan panik.
01:52Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended