Skip to playerSkip to main content
Seorang pekerja kedai makan cedera di bahagian pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang akibat insiden mendapan tanah di Apartment Sri Meranti, Ara Damansara pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 6.16 petang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #insidenmendapantanah #pekerjakedaimakanjatuhdalamlubang #JBPM
Transcript
00:00Seorang pekerja kedai makan cedera di bahagian pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang akibat insiden mendapan tanah di apatmen Sri Meranti, arah Damansara pada Kamis.
00:10Penolong pengarah bahagian operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 6.16 petang.
00:21Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 15 km.
00:33Kata Ahmad Mukhlis, pihaknya tiba di lokasi pada jam 6.48 petang mendapati lelaki berusia lingkungan lima puluhan terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah.
00:43Tambahnya, mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba kira-kira enam minit kemudian.
00:51Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended