00:00Calon bebas bagi kerusi Dun Segama Alif Afyandi Ali bertikad menjadikan peranan wakil rakyat lebih dekat dengan masyarakat jika diberikan mandat pada PRN Sabah kali ini.
00:13Alif yang berdepan saingan enam calon lain menegaskan penyertaan kali ini bertujuan memulihkan fungsi sebenar seorang wakil rakyat.
00:21Mengulas keutamanya sekiranya dipilih Alif menegaskan isu kemiskinan akan menjadi fokus utama kerana masih ramai penduduk di Segama hidup dalam keadaan serba kekurangan.
00:35Perkara pertama yang akan saya selesaikan pada kali ini jika Allah SWT memilih saya untuk duduk sebagai pemimpin.
00:44Pertama sekali kita mahu hapuskan golongan fakir miskin di seluruh Dun Segama ini
00:52di mana masih banyak rumah-rumah orang yang susah kan
00:59itu yang patut kita bantu kita fikir ni kita bagai wakil rakyat kita mesti fikir betul-betul untuk rakyat kita ni
01:04kita tidak boleh membiarkan rakyat kita ni hidup susah tidak boleh
01:07Menyentuh mengenai generasi muda, Alif berkata golongan tersebut masih kurang terdedah kepada pelbagai bantuan kerajaan
01:14yang sepatutnya dapat membantu mereka berkembang khususnya menerusi agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang
01:22Peluang untuk anak-anak muda, jabatan kerajaan ni banyak membantu sebenarnya
01:28tetapi pendedahan untuk anak-anak muda ini berkembang ke depan
01:32dengan jabatan-jabatan ini tidak didedahkan dengan secara meluas
01:37jadi kita punya fokus pada kali ini jika kita diberi mandat
01:41dipilih oleh rakyat kita sendiri untuk kita bangun di Dun Segama ini sebagai pemimpin
01:46kita punya mandat, kita mahu semua jabatan-jabatan kerajaan ini hadir bersama rakyat membantu
01:53contohnya peladang
01:54Selain Alif, Dun Segama turut menyaksikan persaingan membabitkan penyandang
01:59Datuk Muhammad Din Ketapi Bebas, Muhammad Abdul Karim Warisan, Norman Kasimin Bebas,
02:05Roman Salamin PH dan Yvonne Yong Yit Pung, SAPP
02:10Selamat menikmati
Comments