Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Tiga pekerja berkenaan termasuk dua warga asing sedang menjalankan kerja-kerja memotong besi di atas kapal, namun mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak.
Transcript
00:00Tiga pekerja nyaris maut selepas sebuah kapal tangki dipercayai kapal hantu yang ditemukan hanyut berhampiran pelantar minyak di perairan Terengganu
00:08pada tahun lepas meletup dan terbakar di jeti Glorious Innovation di kampung Bukit Kuang pada Sabtu petang.
00:15Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razie Rosli berkata ketika kejadian tiga pekerja termasuk dua warga asing sedang menjalankan kerja
00:23-kerja memotong besi di atas kapal.
00:25Nama mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak.
00:30Mohd Razie berkata polis menerima panggilan tentang kejadian itu daripada orang awam pada 3.18 minit petang.
00:37Beliau maklumkan anggota bomber tiba di tempat kejadian pada 3.23 minit petang dan berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian.
00:46Katanya kapal tangki berkenaan didapati terbakar di bahagian tengah dengan anggaran kemusnahan sebanyak 45%.
00:54Jelasnya punca letupan dan kebakaran itu masih dalam siasatan pihak forensik bomber.
01:00Media pada Ogos tahun lepas melaporkan agensi pengatkuasaan maritim Malaysia mengesan sebuah kapal hantu seberat 292.9 tan yang hanyut
01:10di perairan pelantai minyak Semangkuk A di Terengganu.
01:13Dipercaya ini mempunyai kaitan dengan kejadian sebuah kapal tangki terbakar di Perairan Tanjung Sedili Johor pada 7 Ogos 2025.
Comments

Recommended