Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kebun, Klang. Nahas dipercayai berlaku ketika mangsa cuba memotong sebelum tercampak ke lorong bertentangan dan dilanggar kenderaan lain.
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dan motosikal di Jalan Kebun Kelang pada
00:09Sabtu.
00:10Ketua Polis Daerah Kelang Selatan, SCP Lim Jit Hui berkata, insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi.
00:18Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Lebur Raya Kesas menuju kebulatan Jalan Kebun dan dipercayai cuba memotong sebuah
00:26kenderaan jenis Toyota Heria di lokasi kejadian.
00:30Bagaimanapun, motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan kenderaan tersebut sebelum mangsa tercampak ke lorong bertentangan.
00:38Susulan itu sebuah kenderaan Toyota Vios dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa serta motosikal berkenaan.
00:46Kesan impak tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh
00:54pasukan ambulans.
00:55Jelas Lim, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang untuk tindakan lanjut.
01:03Manakala kedua-dua pemandu kereta yang terlibat dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:08Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4101 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:16Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Khairul Nizam
01:25Abdul Talib atau mana-mana balai polis berhampiran.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended