00:00Laporan berikutnya, demi memastikan pendidikan Al-Quran dan Fardu'ain yang sempurna dapat diteruskan di peringkat pendidikan rendah,
00:08Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Muhammad Naim Muhtar berkata,
00:13Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan kelas Al-Quran Fardu'ain Kaffar di Sekolah Kebangsaan pada 2026.
00:20Menurutnya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada dasarnya tidak menghalang penubuhan Kaffar di Sekolah Kebangsaan jika terdapat permohonan.
00:30Mula tahun 2026, Jawi juga merancang untuk memperbanyakkan lagi Kaffar di SK melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
00:40Sehubungan itu, Kerajaan akan terus meneliti keperluan pendidikan Al-Quran dan Fardu'ain di kawasan berpenduduk padat dan memperluas penawaran Kaffar secara berfasa,
00:51selain melaksanakan pemantauan kualiti pengajaran secara berterusan.
Be the first to comment