Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
AWANI Borneo Selasa, 25 November 2025 bersama Assim Hassan

- Gesa batal MA63, SArawak sifatkan Zaid Ibrahim jahil sejarah.

- Sabah Memilih: Semua 58 pusat undi awal ditutup tepat jam 5 petang

- Pastikan SPM lancar, Operasi Payung sedia diktif di sekolah terlibat banjir di Sarawak

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo.
00:11Berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:19Gesa Batal MA63 Sarawak sifatkan Zahid Ibrahim jahil sejarah.
00:24Berakhir sudah undi awal, tarikh 29 November jadi tumpuan.
00:34Operasi payung sedia diaktif di sekolah terlibat banjir di Sarawak.
00:45Kerajaan Sarawak menyifatkan tindakan pihak yang mengkritik Perjanjian Malaysia 1963 MA63
00:51serta mencadangkan Sarawak dan Sabah keluar Malaysia sebagai jahil sejarah.
00:57Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Syarifah Hasidah Syed Aman Ghazali
01:02menegaskan sebarang gesaan untuk membatalkan MA63 adalah tidak berasas,
01:08tidak mempunyai kuasa undang-undang dan bertentangan dengan sejarah pembentukan negara.
01:13Jelas Syarifah Hasidah suara-suara yang mendesak pematuhan MA63
01:19hanyalah pandangan peribadi individu tertentu dan tidak mempunyai sebarang kekuatan dari sudut perundangan.
01:25It shows their ignorance of history.
01:30It is a blatant attack on the constitutional integrity of our federation.
01:37The Malaysia Agreement 1963 is the foundational instrument
01:41that gave legal effect to the formation of the Federation of Malaysia.
01:47Without MA63, the federation itself has no constitutional basis to exist.
01:58Any suggestion to cancel or abolish MA63 is therefore constitutionally untenable.
02:08Beliau menjawab soalan adun Bukit Asik, Chieng Jin Ad dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa.
02:15Jelas Hasidah, pindaan terkini kepada Perkaraan 160 Perlembagaan Persekutuan telah menjadikan MA63
02:22kini sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.
02:26Pengiktirafan strategi ini jelasnya mengesahkan bahawa hak dan kewajipan yang timbul daripada MA63
02:32adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi persekutuan
02:36dan tidak boleh diketepikan oleh pendapat pribadi atau retorik politik.
02:40This thoughtless comment, this, you know, the irrational comment may be, may be and can be seditious.
02:54I am not saying that it is seditious.
02:57It may be as the effect of such comment can lead to the division and inside hatred among Malaysians.
03:06It is intended to divide the people of Malaysia and vilify those who work tirelessly
03:13to ensure the full implementation of MA63.
03:18Dalam satu podcast yang tular beberapa minggu lalu, bekas Menteri Undang-Undang
03:22yang juga tokoh Guaman Terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim menifatkan Sabatan Sarawak
03:26sebagai beban serta mencadangkan supaya perjanjian Malaysia 1963 MA63 dibatalkan.
03:32Sabah memilih haluan, Sabah memilih
03:46Kesemua 58 pusat pengundian awal bagi PRN Sabah ke-17 ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.
03:57Penutupan pusat pengundian dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar
04:03selepas ia dibuka tepat pada jam 8 pagi.
04:07Seramai 24,426 pengundi layak menunaikan hak mereka.
04:11Pada selasa, terdiri daripada 11,697 anggota tentera berserta pasangan masing-masing
04:18manakala 12,729 lagi adalah anggota polis bersama pasangan.
04:23Semua kertas undi awal akan disimpan di balai polis yang ditetapkan
04:28dan akan dikira selepas tamat waktu pengundian pada Sabtu ini.
04:32SPR menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian
04:35bagi PRN Sabah ke-17 melibatkan seri 1.76 juta pengundi.
04:44Keterujaan jelas terpancar pada wajah anggota tentera dan pasangan
04:48yang pertama kali melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRN Sabah ke-17.
04:54Beberapa individu yang ditemui Esro Awani memberitahu
04:56seawal jam 8 pagi mereka sudah hadir ke pusat mengundi di Sekolah Agama Kem Lokawi
05:02untuk menyeritai proses demokrasi kali ini.
05:07Menurut anggota tentera Wai Samsuri, 26 tahun, pengalaman pertama kali mengundi di Sabah
05:13memberikan suasana baharu kerana sebelum ini dia mengundi di Jasin, Melaka.
05:17Kau jam 8 ni.
05:19Kau pagi?
05:20Jam 8.
05:21Selesai dalam sekitar Pugus 10.
05:22Ya.
05:23Ini first time mengundi, maksudnya first time mengundi dalam sepanjang hidup nikah
05:27atau berapa-berapa yang pernah sudah cuma awam?
05:30Kali kedua.
05:31Kali kedua, ini first time sebagai anggota?
05:32Ya, first time sebagai anggota.
05:33Dan pertama kali di Sabah juga?
05:35Ya, pertama kali di Sabah.
05:36Bila pindah sini?
05:38Sudah 3 tahun sudah.
05:39Sudah 3 tahun.
05:41Sebelum ini, di mana?
05:43Di Makar.
05:43Di Melaka, apa?
05:44Tugas di kamp?
05:45Di kerja awam.
05:46Bagi Nur Syafiqah Norman, 24 tahun, yang bertugas Unit 75 Batalian Koron Nasiraja,
05:53pengalaman mengundi di Sabah disifatkan sebagai lancar dan teratur.
05:57Alhamdulillah, dia rasa sikit nervous.
05:59Tapi sebab masa saya mengundi pertama itu dekat Melaka,
06:03ni mengundi kat sini pun, diorang pun tunjuk floor dia macam mana.
06:06So, okeylah.
06:08Nak banding dengan Melaka pun okey.
06:09So, kita tengok kali ini persiapan dia lagi tersusun ke cepat ke bagaimana?
06:14Ya, lagi tersusun, lagi smooth.
06:16Dia punya itu lancar lah.
06:18Sementara itu, Nur Faiza Japa, 27 tahun, berkata pengalaman mengundi awal lebih bermakna kali ini kerana dia turut membawa bayinya yang berusia 6 bulan dan hadir bersama suami ke pusat pengundian.
06:29Sekejap saja.
06:31Sekejap saja.
06:32Sekejap saja.
06:34Excited tak bila nampak pesta bendera ni nak menyertainya?
06:38Tak.
06:40Turun awal sebab mudah ke ataupun ada keputusan lain sejak lagi?
06:44Tidak juga turun awal.
06:46Saya ada baby kan?
06:47Oh, okey. Memang boleh nak awal lah.
06:49Ini semangatnya tinggi sebab bawa baby sekali kan?
06:53Ya, ya, ya.
06:53Turun hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal ialah Panglima 5 Division Major General Dato' Nurul Azril Arifin bersama isteri Dati Nuriza Mad Rashid.
07:04Pusat mengundi tersebut melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri Don Tanjung Keramat yang menyaksikan saingan 11 penjuru pada PRN Sabah ke-17.
07:12Jangan pilih parti yang telah gagal, sebaliknya pilih parti yang terbukti prestasi dan keupayaannya memerintah Sabah.
07:24Ingatan itu dinyatakan Ketua Menteri yang juga pengurusi Gabungan Rakyat Sabah, Dato' Sri Haji J Nur, kepada pengundi menjelang hari mengundi 29 November ini.
07:34Menerusi kenyataannya, Haji Ji berkata dalam tempoh singkat 5 tahun, Kerajaan Negeri telah memperkenal pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat.
07:44Ujarnya, kemampuan GRS dibuktikan dengan peningkatan rezab negeri, ekonomi dan nilai pelaburan antaranya mewujudkan Taman Perindasian Ekonomi Biru di Kudat.
07:54Ujarnya lagi, pilihan raya kali ini penting untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah Sabah selama 5 tahun lagi agar dapat meneruskan agenda hala tujuh Sabah Maju Jaya SMJ 2.0.
08:10Barisan Nasional BN yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Manila.
08:16Meski berdepan saingan 5 penjuru, termasuk Hazim Mubarak Musa daripada gabungan rakyat Sabah GRS, anak kepada Yang Di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
08:27Calon BN, Zaini Tiksun berkata, walaupun Hazim membawa nama besar sebagai anak kepada bekas adun Sungai Sibuga selama 6 penggal, BN tetap optimis berdasarkan kekuatan akar umbi dan sokongan lebih meluas.
08:42Itu kita tidak nafikan. Mungkin ada di kalangan ahli UMNO yang masih ada sentimen yang begitu.
08:51Tapi kita menganggarkan bahawa dalam sentimen ini mungkin hanya ada dalam 30% yang akan memihak.
08:59Dan kalau berdasarkan dapatan kita, jumlah itu andainya kita dapat sokongan daripada luar ahli UMNO,
09:09InsyaAllah kita masih boleh mempertahankan kursi Dun & Mablusa ke Sungai Manila ini.
09:15Mengulas persediaan parti, Zaini berkata, jentera BN telah bergerak secara konsisten hampir dua tahun bagi memastikan pengundi dan struktur parti berada dalam keadaan siap-siaga, tambahnya menghadapi PRN Sabah ke-17.
09:29Dalam pada itu, beliau menegaskan fokus utamanya jika diberi mandat ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
09:39Ini termasuk dengan menghidupkan semula kilang sawit di rancangan Sungai Manila yang pernah beroperasi sebelum ini.
09:45Sebab di sini duduk sebenarnya ada kilang, tempat ke kilang sawit di rancangan Sungai Manila.
09:52Tapi telah ditutup disebabkan mungkin tempat yang tidak sesuai.
10:00Jadi tadi kita pun ada berbincang dengan beberapa orang masyarakat kita, kalau boleh kita wujudkan semula kilang rancangan Sungai Manila.
10:09Tapi biarlah jaraknya bukan dalam pekan. Jadi dengan ada itu, barulah pekerjaan itu ada untuk memudahkan ekonomi di sini terus meningkat.
10:20Itu kita punya cadangan.
10:23Selain Hazim, Zaini akan berdepan saingan daripada Irian Nanang, PIS, Sitnara Sakah, Warisan, Yusri Abu, PN dan Faizal Wahab, PPRS.
10:35Pada PRN 16, calon BN Dato' Mokran Ingkat berjaya memenangi kerusi Dun Sungai Manila dengan memperoleh 4,585 undi dan 1,417 majoriti dalam saingan enam penjuru.
10:50Sementara itu, calon Perikatan Nasional PN di Dun yang sama iaitu Dun Sungai Manila, Yusri Abu berkata,
10:59isu legasi seperti bekalan air, elektrik dan lampu jalan akan menjadi fokus pertamanya jika diberi mandat mewakili penduduk Dun itu.
11:07Ini kerana ujarnya rakyat memerlukan kemudahan asas yang utama bagi melangsungkan kehidupan seharian.
11:12Saya pun tahu apa yang kesesuaian di situ rakyat, terutamanya air lah, air dan elektrik.
11:19Rakyat ini dia tidak perlu banyak. Kita sediakan sejarah punya kemudahan asas.
11:24Jalan raya sudah ada. Bekalanlah air dan elektrik yang selalu terputus.
11:29Contohnya, saya kerja batu 8, saya balik jam 9 malam atau jam 10 malam.
11:34Apa yang saya perlukan? Lampu jalan untuk saya senang balikkan.
11:38Kedua, bila saya buka pilih air, ada air. Betul kan?
11:42Bila saya mau mandi, balik masuk ke rumah, saya klik, ada lampu.
11:46Jadi itu yang perlu. Rakyat sebenarnya tidak perlu banyak.
11:49Dia mahu kemudahan saja sejarah.
11:51Dun Sungai Manila antara 13 kursi tambahan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai 2019.
11:5712 yang lain membabitkan Bengkoka, Manggaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulit, Telupit, Lamak, Segama dan Kukusan.
12:1218,217 pemilih layak mengundi bagi kursi Dun Sungai Manila pada 29 November depan.
12:18Jabatan Pendidikan Sarawak siap-siaga mengaktifkan operasi payung jika banjir melanda sekolah-sekolah yang terlibat dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM pengarahnya Omar Mahli berkata.
12:31Operasi ini bertujuan memastikan 36,848 calon SPM di 259 pusat peperiksaan di Sarawak menyelesaikan peperiksaan mereka sehingga 23 Disember dengan lancar.
12:44Jelasnya menerusi operasi payung, semua agensi penyelamat termasuk bomba, Angkatan Tertara Malaysia ATM dan Agensi Pertahanan Awam telah diarahkan untuk mengangkut calon dan petugas jika laluan terputus akibat air naik.
13:00Kita telah mengenalpastilah seolah-seolah yang berisiko banjir di Sarawak ini. Tak banyaklah sebenarnya.
13:07Kalau berdasarkan kepada tahun-tahun yang lepas, beberapa buah sekolah menengah yang kita kenalpasti dalam perasaan yang rendah, kita ada alternatif dia lah.
13:22Contohnya di SMK Bauk contohnya. Sekolah itu tak banjir, cuma jalan terputus. Jadi kita ada alternatif sekolah-sekolah yang berdekatan untuk calon melaporkan diri lah. Begitu juga di tempat-tempat lain lain.
13:37Sehingga kini katanya, pihaknya telah mengenalpasti 4 hingga 6 sekolah menengah yang berisiko banjir.
13:44Lokasi alternatif untuk peperiksaan sudah disediakan dan akan diaktifkan serta-merta apabila diperlukan.
13:51Pada masa yang sama katanya, JPNS akan membuka Dewan Peperiksaan khas di hospital untuk calon yang sakit termasuk mereka yang memerlukan pemantauan kesihatan.
14:00Beliau berkata demikian kepada media semasa meninjau hari pertama peperiksaan SPM di SMK Pengresin No. 1 pada rawan pada Isnin.
14:12Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Amirul Azwan Mohd Ghazali meninggal dunia pada awal pagi selasa di usia 37 tahun.
14:22Amirul ditemukan tidak bernyawa berhampiran kolam renang apakmen yang didudukinya di Metro City Matang sekitar jam 3 pagi.
14:29Punca kematian masih lagi dalam siasatan dan proses berdasiasat difahamkan telah dilaksanakan sekitar jam 2 petang selasa.
14:38Setakat petang selasa juga, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
14:43Jenazah Aulirham disemadikan di tanah perkuburan Islam Samariang Kuching.
14:48Amirul menyertai Akademi Fantasia musim keempat pada 2006 ketika beliau berusia 18 tahun.
14:55Aulirham meninggalkan seorang isteri yang syarat mengandung 7 bulan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.
15:02Anda mahukan yang sahih, tepat dan komprehensif.
15:10Juga kenali jiu anda menerusi platform interaktif kami.
15:14Jangan terlepas untuk mengikuti liputan berhubung Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di saluran 501 dan semua platform Estro Awani sekarang.
15:23Saya Asim Hassan. Salam hormat. Kita jumpa lagi.
15:25Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended