Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Jabatan Pendidikan negeri Sarawak siap siaga mengaktifkan Operasi Payung sekiranya banjir melanda sekolah-sekolah yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pendidikan Sarawak siap-siaga mengaktifkan operasi payung jika banjir melanda sekolah-sekolah yang terlibat dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia.
00:10SPM pengarahnya Omar Mahli berkata, operasi ini bertujuan memastikan 36,848 calon SPM di 259 pusat peperiksaan di Sarawak menyelesaikan peperiksaan mereka sehingga 23 Disember dengan lancar.
00:25Jelasnya menerusi operasi payung, semua agensi penyelamat termasuk bomba, Angkatan Tertara Malaysia, ATM dan Agensi Pertahanan Awam telah diarahkan untuk mengangkut calon dan petugas jika laluan terputus akibat air naik.
00:41Kita telah mengenal pastilah seorang-seorang yang berisiko banjir di Sarawak ini. Tak banyaklah sebenarnya kalau berdasarkan kepada tahun-tahun yang lepas,
00:51beberapa buah sekolah menengah yang kita kenal pasti dalam kawasan yang rendah, kita ada alternatif dia lah.
01:04Contohnya di SMK Bauk contohnya. Sekolah itu tak banjir, cuma jalan terputus.
01:11Jadi kita ada alternatif sekolah-sekolah yang berdekatan untuk calon melaporkan diri lah.
01:16Begitu juga di tempat-tempat lain lain.
01:18Sehingga kini katanya, pihaknya telah mengenal pasti 4 hingga 6 sekolah menengah yang berisiko banjir.
01:25Lokasi alternatif untuk peperiksaan sudah disediakan dan akan diaktifkan serta meta apabila diperlukan.
01:31Pada masa yang sama katanya, JPNS akan membuka Dewan Peperiksaan khas di hospital untuk calon yang sakit termasuk mereka yang memerlukan pemantauan kesihatan.
01:41Beliau berkata demikian kepada media semasa meninjau hari pertama peperiksaan SPM di SMK Pengresin No. 1 pada rawan pada Isnin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended