Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Zaini Tiksun, yakin peluang BN mempertahankan kerusi itu kekal kukuh meskipun berdepan saingan lima calon lain, termasuk Hazem Mubarak Musa, anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
00:00Barisan Nasional BN yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Manila meski berdepan saingan lima penjuru termasuk Hazim Mubarak Musa daripada Gabungan Rakyat Sabah GRS, anak kepada Yang Dipertuan Negeri Sabah Tun Musa Aman.
00:17Calon BN Zaini Tiksun berkata walaupun Hazim membawa nama besar sebagai anak kepada bekas adun Sungai Sibuga selama enam penggal, BN tetap optimis berdasarkan kekuatan akar umbi dan sokongan lebih meluas.
00:32Itu kita tidak nafikan, mungkin ada di kalangan ahli UMNO yang masih ada sentimen yang begitu.
00:41Tapi kita menganggarkan bahawa dalam sentimen ini mungkin hanya ada dalam 30% yang akan memihak dan kalau berdasarkan dapatan kita jumlah itu andainya kita dapat sokongan daripada luar ahli UMNO,
00:58InsyaAllah kita masih boleh mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dunung Mablusa ke Sungai Manila ini.
01:05Mengulas persediaan parti, Zaini berkata jentera BN telah bergerak secara konsisten hampir dua tahun bagi memastikan pengundi dan struktur parti berada dalam keadaan siap-siaga tambahnya menghadapi PRN Sabah ke-17.
01:20Dalam pada itu beliau menegaskan fokus utamanya jika diberi mandat ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
01:28Ini termasuk dengan menghidupkan semula kilang sawit di rancangan Sungai Manila yang pernah beroperasi sebelum ini.
01:36Sebab di sini duduk sebenarnya ada kilang, tempat ke kilang sawit di rancangan Sungai Manila tapi telah ditutup disebabkan mungkin tempat yang tidak sesuai.
01:49Jadi tadi kita pun ada berbincang dengan beberapa orang masyarakat kita, kalau boleh kita wujudkan semula kilang rancangan Sungai Manila.
01:59Tapi biarlah jaraknya bukan dalam pekan ini.
02:02Jadi dengan ada itu barulah perkerjaan itu ada untuk memudahkan ekonomi di sini terus meningkat.
02:10Itu kita punya cadangan lah.
02:13Selain Hazim, Zaini akan berdepan saingan daripada Irian Nanang PIS, Sidnara Sakah Warisan, Yusri Abu PN dan Faizal Wahab PPRS.
02:24Pada PRN 16, calon BN Datuk Mokran Ingkat berjaya memenangi kerusi Dun Sungai Manila dengan memperoleh 4,585 undi dan 1,417 majoriti dalam saingan enam penjuru.
Be the first to comment