Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Tiga penjenayah ditembak mati selepas bertindak menyerang seorang anggota polis di sebuah ldangs awit di Durian Tunggal, Alor Gajah.
Transcript
00:00Tiga penjenayah ditembak mati selepas bertindak menyerang seorang anggota polis di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal, Alu Gajah awal pagi Isnin.
00:09Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, anggota polis berpangkat korporal berusia awal 30-an itu parah di lengan kiri selepas ditetap menggunakan sebilah parang oleh salah seorang suspek ketika sedang menjalankan op kasar di dalam kebun sawit berkenaan.
00:26Ketua Polis Melaka, Dato' Zulkairi Mukhtar berkata, semasa kejadian sepasukan polis sedang menjalankan operasi mengesan dan mencegah jenayah samun kediaman di sekitar Melaka sebelum terserempak dengan tiga individu yang berada dalam keadaan mencurigakan.
00:43Semasa ketiga-tiga suspek berkenaan cuba ditahan pasukan polis, salah seorang daripada mereka bertindak agresif dengan melibas parang terhadap salah seorang anggota polis berkenaan.
00:53Menyedari kehadiran polis, salah seorang suspek bertindak agresif dengan melibas parang terhadap seorang anggota dan berlaku pergelutan sebelum ketiga-tiga mereka yang merupakan warga tempatan berusia 24 dan 29 tahun serta seorang lagi yang belum dikenalpasti identitinya ditembak mati.
01:09Semakan daripada hasil kita siasatan terhadap kumpulan ini, kesemuanya mereka ini telah melakukan sekitar sejak tahun 2024 yang telah melakukan sebanyak 20 kes samun di sekitar negeri Melaka, satu di negeri Sembilan dan satu di Selangor.
01:28Dan dengan dapat tertumpasnya kumpulan ini, kita berjaya menyelesaikan satu kumpulan penjenayah yang paling dikendaki, terutamanya kes-kes penjenayah bagi kes-kes jenayah samun dan juga pecah rumah di sekitar Melaka.
01:46Mengulas selanjut, Zulkairi berkata ketiga-tiga suspek yang dikenalpasti sebagai geng DT atau Duvian Tunggal, itu dikesan aktif melakukan jenayah samun kediaman dan bangunan sejak tahun 2024,
02:00melibatkan 20 kes di Melaka dan masing-masing satu kes di negeri Sembilan dan Selangor, membabitkan kerugian mencecah 1.3 juta ringgit.
02:08Katanya, suspek yang berusia 24 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau, malakala seorang lagi suspek berusia 29 tahun mempunyai 39 kes lampau, masing-masing membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.
02:23Modus operani geng berkenaan adalah dengan meletakkan kenderaan mereka di dalam ladang kelapa sawit dan berjalan kaki sebelum menyamun primis seperti rumah, kedai dan kilang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
02:34Zulkawi berkata, anggota polis yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Melaka.
02:41Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiasaan kerana melakukan cubaan bunuh.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended