Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Banyak perkara mencuri tumpuan di Sabah pada Jumaat, daripada pengumuman manifesto Kasi Bagus Sabah oleh Perikatan Nasional, dan tidak dilupakan, kisah kemajuan projek pembinaan jalan raya di pedalaman Pensiangan.

Bagi mendapatkan perkembangan lanjut, kita terus bersama Khalis Khadir yang kini berada di Tenom.
Transcript
00:00Banyak perkara mencuri tumpuan di Sabah pada Jumaat daripada pengumuman manifesto Kasih Bagus Sabah oleh Perikatan Nasional dan tidak dilupakan kisah kemajuan projek pembinaan jalan raya di pedalaman pensiangan.
00:13Bagi mendapatkan perkembangan lanjut, kita terus bersama Kalis Kadeh yang kini berada di TENOM. Silakan Kalis dengan laporan anda.
00:22Sudah tentu banyak perkembangan sepanjang hari ini tapi tumpuan kali ini terarah kepada gerakan gelombang hitam.
00:30apabila mereka merancang membina sebuah platform atau parti politik yang lebih tersusun selepas pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17.
00:40Dan itu dimaklumkan oleh Haliparlimen Kudat yang juga mengutuai gerakan gelombang hitam Dato' Ferdon Bahanda.
00:47Katanya menarik juga gelombang hitam telah memulakan langkah perjuangan awal dan asas kukuh perlu dibina melalui kepimpinan yang berprinsip, berintegriti,
00:59serta bebas rasuah.
01:01Beliau juga optimis platform itu mampu menjadi pilihan utama kepada rakyat Sabah pada pilihan raya akan datang.
01:08Ini satu objektif dan misi yang kita lihat dalam erti kata meraihkan demokrasi.
01:13Dan seketika tadi, baru saja selesai, Perikatan Nasional mengumumkan manifesto mereka dengan slogan Kasih Bagus Sabah.
01:22Dan tumpuan tentunya kepada menyelesaikan isu tiga serangkai dan pelbagai lagi usaha menarik yang dibentangkan bagi menambat hati pengundi.
01:32Satu manifesto, 12 tunjang, 159 janji.
01:36Itu rumusan diumumkan pengurus IPN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putatan sebentar tadi.
01:41Dan ia sejauh mana bagus itu, seperti biasa, perkembangan lanjut anda boleh dapatkan di astroawani.com.
01:48Pastinya, bukan bicara soal politik semata-mata.
01:51Saya dan Riza Rahim menelusuri pedalaman Selatan Sabah di pensiangan.
01:57Mendengar penghargaan mereka mengenai pembinaan jalan raya pagalungan ke pensiangan.
02:03Apabila dahulu perjalanan ke kawasan pedalaman pensiangan itu mengambil masa berhari-hari.
02:09Sehingga penduduk terpaksa bermalam di tengah belantara, kalau jalan hutan rosak akibat hujan lembat, tiada lagi pilihan selain terpaksa menggunakan bot melalui beberapa sungai yang boleh mencecah lebih 3-4 jam dengan kos hampir ribuan ringgit dari pekanan bawahan itu.
02:28Namun, kini projek pembinaan jalan raya fasal kedua itu akan siap tidak lama lagi memberikan sinar kepada penduduk setempat.
02:36Fasal 1 sudah kami siarkan semalam membandingkan projek naik taraf 10 ke Pakalungan dan pastinya banyak lagi perkembangan akan kami bawakan bersama sahabat kami Hasimi dan Ebi Uza, Syafiq Syukri dan Anas dan wakil-wakil dari Surawani.
02:51Di seluruh Sabah bukan sahaja keluh kesah namun juga suara penghargaan atas beberapa usaha projek yang turut mencatatkan kemajuan.
03:00Jadi saya kira mungkin setakat itu dahulu perkongsian untuk buat masa ini kembali kepada rakan setegas di Bukit Jalil.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next