Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sejumlah 52.90 kilogram daun ketum selain 547 bungkus air ketum yang siap diproses berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan dilakukan pada Khamis.
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Am PGA Brigit Tenggara menumpaskan kegiatan memproses dan mengedar air ketum selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung Padang Jaya, Jaya Gading di Kuantan pada Khamis.
00:11Serbuan menerusi Ops Taring Mitra sekitar jam 11 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang disyaki menguruskan operasi pemprosesan bahan terlarang berkenaan.
00:23Menerusi kenyataan media Brigit Tenggara PGA pada Jumaat, pemeriksaan di dalam rumah menemukan 52.9 kg daun ketum selain 547 bungkus air ketum yang telah siap diproses dengan anggaran isi padu keseluruhan 437.6 litre.
00:43Turut dirampas, peralatan memproses air ketum serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan suspek bagi tujuan penghantaran dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM71,000.
00:55Suspek kemudiannya dibawa ke bahagian siasatan jenayah narkotik BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
01:04Kes disiasat di bawah Seksyen 30-3 Akta Racun 1952.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended