Empat buah kelas dan sebuah pejabat di Sekolah Kebangsaan Baling dekat Kedah musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran pada kejadian pagi Jumaat kira-kira 10.46 pagi.
00:00Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Baling di Kedah pada pagi Jumaat mengakibatkan 4 kelas dan sebuah pejabat musnah sepenuhnya.
00:07Ketua Zon 3 Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomber 2 Mohd Faizal Sulaiman berkata,
00:14pihak bomber menerima maklumat kejadian pada jam 10.46 pagi selepas disedari orang awam yang segera melaporkannya.
00:23Kebakaran di tingkat 2 bangunan sekolah 2 tingkat itu melibatkan 4 kelas dan sebuah pejabat.
00:30Anggaran awal kerosakan bagi pejabat adalah 90% manakala bagi setiap kelas adalah 40% dengan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
00:41Angin kuat ketika kejadian menyebabkan api marak dengan cepat manakala arus elektrik yang masih mengalir menambahkan cabaran kepada anggota bomber ketika operasi pemadaman.
00:52Kebakaran dipercayai bermula dari bilik pejabat dan seorang kaki tangan sekolah sempat menyelamatkan diri.
00:57Operasi pemadaman melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Baling dengan bantuan jentera daripada BBP Pengkalan Hulu Perak, BBP Sik dan 6 pasukan bomba sukarela PBS berhampiran membabitkan 24 anggota keseluruhan.
Be the first to comment