Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 30 peratus, mencatatkan bulan tertinggi setakat tahun ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Transcript
00:00Jumlah jualan keseluruhan industri TIV sektor automotif Malaysia meningkat 30% kepada 75,992 unit pada Oktober 2025 daripada 58,490 unit pada September mencatatkan bulan tertinggi setakat tahun ini.
00:18Menurut Persatuan Automotif Malaysia MAA, peningkatan TIV tersebut terutamanya dipacu oleh tindakan orang ramai yang pantas membeli kenderaan elektrik berkuasa bateri BEV yang diimport sepenuhnya CBU.
00:33Pembelian pantas itu berlaku selepas pengumuman belanjawan 2026 mengenai tamatnya pengecualian cukai bagi CBU BEV pada penghujung Disember tahun ini.
00:42Ia berkata pertumbuhan tersebut turut disokong oleh kempen promosi akhir tahun yang agresif oleh syarikat automotif.
00:50Namun MAA memaklumkan TIV setakat tahun ini 2% lebih rendah iaitu 655,328 unit daripada 667,568 unit pada tempoh yang sama 2024.
01:02Dari segi tahunan, TIV pada Oktober 2025 7% lebih tinggi iaitu 75,992 unit terdiri daripada 70,321 kenderaan penumpang dan 5,671 kenderaan komersial daripada 71,685 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
01:23Bagi pengeluaran, sebanyak 65,226 unit dihasilkan termasuk 61,192 kenderaan penumpang dan 4,034 kenderaan komersial daripada 71,878 unit setahun yang lepas.
01:40Memandang kehadapan, MAA berkata momentum jualan semasa dijangka berterusan pada November 2025.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended