Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Pakistan, Uganda dan Bulgaria menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia, termasuk pertukaran maklumat terutamanya dalam bidang telekomunikasi, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Transcript
00:00Pakistan, Uganda dan Bulgaria menyatakan hasrat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia termasuk pertukaran maklumat dalam bidang telekomunikasi.
00:08Menurut Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala di luar Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 atau WTDC25.
00:18Fahmi berkata dalam pertemuan bersama Menteri Negara bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Panduan Kebangsaan Uganda, Godfrey Baluku Kabyangga Kimi,
00:29perbincangan antara lain menyentuh mengenai kerjasama bagi pertukaran maklumat antara kementerian.
00:33Selain itu, beliau berkata Uganda juga berminat untuk belajar daripada Malaysia mengenai langkah meningkatkan penyertaan rakyat dalam penggunaan internet.
00:41Ini berikutan cabaran dihadapi negara itu dari segi peranti dan literasi digital.
00:45Manakala negara Pakistan pula berminat untuk memahami kejayaan Malaysia terutamanya dalam bidang semikonduktor dan ekonomi digital.
00:52Dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Bulgaria, Dimitar Nedialkov,
00:56Fahmi berkata beliau telah menyatakan hasrat mewujudkan Memorina Pesefahaman MOU untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
01:04Justru itu, Fahmi berpanangan keterbukaan ketiga negara ini dalam menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia merupakan satu peluang yang baik untuk bertukar pandangan serta pengalaman.
01:15Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended