Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Tindakan pemeteraian perjanjian dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China yang terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Transcript
00:00Tindakan pemeteraian perjanjian dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China.
00:06Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia akan terus mengusahakan kerjasama dengan China, ASEAN serta diaspora global.
00:17Ahmad Zahid juga menyifatkan hubungan Malaysia-Cina kekal praktikal, strategik serta bersedia untuk masa depan.
00:23Ia disokong oleh momentum ekonomi yang kukuh di bawah perjanjian perdagangan bebas ASEAN-Cina ACFTA yang dipertingkat kepada ACFTA 3.0 yang menjadi satu pencapaian besar pada tahun ini.
00:35Ahmad Zahid berkata perdagangan ASEAN-Cina juga melonjak kepada USD 982 bilion pada 2024 daripada USD 192.5 bilion pada 2008.
00:48Sekaligus menjadikannya antara koridor ekonomi paling pesat berkembang secara global.
00:53Hubungan dua hala Malaysia dengan China juga tumbuh dalam lingkungan 5 hingga 7% pada awal 2025 dan melepasi RM200 bilion menjelang Mei.
01:03Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menekankan kerjasama halal Malaysia-Cina yang semakin kukuh.
01:09Ia termasuk menerusi penyertaan dalam pameran halal antarabangsa Malaysia 2025 di Shanghai pada 5 hingga 10 November 2025.
01:16yang menyaksikan Malaysia mencatat hasil jualan memberangsangkan sebanyak RM3.2 bilion jauh mengatasi sasaran awal RM2.5 bilion.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended