Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Teo Seng Capital Berhad mencatat hasil sebanyak RM201.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (3QFY2025) meningkat 6% berbanding RM190.3 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Transcript
00:00Teo Seng Capital Berhad mencatat hasil sebanyak RM201.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 meningkat 6% berbanding RM190.3 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
00:16Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pengeluar telur itu berkata peningkatan tersebut disumbangkan terutamanya oleh kenaikan kuantiti jualan telur.
00:25Keuntungan sebelum cukai bagaimanapun menurun 39.3% kepada RM32.5 juta berbanding RM53.5 juta tahun lalu susulan pengurangan subsidi telur daripada kerajaan.
00:41Bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2025, kumpulan mencatatkan hasil RM541.5 juta merosot 4.2% berbanding 565.4 juta tahun lalu manakala keuntungan sebelum cukai berkurangan 9.6% kepada RM113.6 juta.
01:02Segmen pertenakan ayam mencatat hasil RM172.3 juta meningkat 6.1%.
01:11Namun begitu keuntungan sebelum cukai berosot 45.3% kepada RM27.5 juta kerana purata harga jualan telur yang lebih rendah dan subsidi telur yang berkurangan.
01:24Tio Seng berkata segmen pelaburan dan perdagangan produk berkaitan ayam pula mencatat hasil RM29.2 juta naik 4.9% dengan keuntungan sebelum cukai meningkat 52.4% kepada RM5 juta didorong oleh permintaan yang lebih tinggi.
01:43Kumpulan tersebut mengekalkan fokus pada penternakan lapisan dan pelaburan serta perdagangan produk berkaitan ayam.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended