Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kerajaan melaksanakan program intervensi khusus bagi membantu generasi ‘sandwich’ yang berdepan tekanan ekonomi dan memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa serta keluarga sendiri, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, situasi ekonomi, tanggungjawab menjaga ahli keluarga, menjadi tekanan kepada rakyat dalam golongan generasi sandwich membuat pilihan kehidupan.
00:09Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif merangka program intervensi khusus bagi membantu generasi berkenaan berdepan dengan kesulitan yang dihadapi.
00:18Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri berkata,
00:22generasi ini membuat keputusan hidup dengan pelbagai pertimbangan, termasuk ada yang memilih untuk tidak mempunyai anak kerana tekanan yang didepani.
00:32Dia sandwich ekonomi satu, kedua mereka ada perancangan lain untuk menjagakan keluarga mereka yang lain, maka mereka perlu memikir selanjutnya.
00:43Mungkin ada yang membuat keputusan pada masa ini, lepas itu bila pada jangka masa yang lama, mungkin mereka menukar pikiran mereka.
00:53Tetapi yang penting kerajaan juga perlu memberi sokongan dari segi polisi kita, perlu membantu mereka ini untuk menggalakkan mereka.
01:05Jadi itu salah satu daripada yang kami lakukan, di mana kita memberi bantuan dari segi intervensi.
01:13Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025, PERS25 pada Rabu.
01:24Dalam pada itu, mengulas persiapan menghadapi status negara menua, menjelang 2030, Nancy menyatakan kerajaan menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi pencagaan.
01:34Cuma kami melakukan interdensi, sebab itu saya serikali bercakap mengenai care ekonomi.
01:42Ini salah satu daripada cara kita untuk membantu negara menua ini dan kita ada yang menua itu tapi mereka sihat.
01:51Tetapi ada juga yang memerlukan penjagaan.
01:55Maka tanggungjawab kami lah untuk mengadakan perkhidmatan itu bagi membolehkan mereka untuk membantu dari segi penjagaan.
02:05Menurut Nancy, kerajaan sedang memperinci beberapa dasar undang-undang baharu bagi mempergukuh perlindungan warga emas yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended