Sesuatu yang lucu, luar kebiasaan dan menggambarkan kurangnya nilai kesepakatan dalam kalangan bakal pemimpin.
Itu suara beberapa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, yang mempertaruhkan pertembungan 14 penjuru, jumlah calon paling ramai dipertandingkan untuk Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.
Meskipun ia masih dalam ruang demokrasi, pengundi berharap persaingan sihat itu dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar faham masalah penduduk setempat.
00:00Sesuatu yang lucu, luar kebiasaan dan menggambarkan kurangnya nilai kesepakatan dalam kalangan bakal pemimpin.
00:11Itu suara beberapa pengundi di Dewan Undangan Negeri Don Tulit yang menyaksikan pertembungan 14 penjuru.
00:19Jumlah calon paling ramai dipertandingkan pada pilihan raya negeri Sabah kali ini.
00:23Meskipun ia masih dalam ruang demokrasi, pengundi berharap persaingan sihat itu dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar faham masalah penduduk setempat.
00:53Diorang tidak, diorang jangan bikin malu lah sampai 14 penjuru, patut diorang, karena bersatu lah ini pemimpin-pemimpin,
01:00terutama ini pengurusi-pengurusi pati, patut diorang bersatu.
01:04Kemudian ini bebas ini pun, kalau ini bebas ini, ini kita jadi maklum lah, kalau ini bebas saja maklum.
01:11Kadang-kadang ada orang yang mau pergi bebas ini, dia ada kepentingan sendiri.
01:25Pengalaman pertama kami di sini ini, yang sudah berapa tahun, berapa kali sudah ini, tidak pernah.
01:30Sudah pernah sampai kembalian?
01:31Paling-paling pun dia dalam milan paling banyaklah perhendakan.
01:36Tapi kali ini, kenapa pun dia sampai 14 penjuru, dia mahu apa di sini, kan?
01:42Kali ini di sini ada lombong emas kali ini, tahu?
01:46Seorang lagi pengundi di Duntulit, Sofiyah Burhan, pula berpandangan kredibiliti calon akan menjadi keutamaan
01:52berbanding parti yang ditandingi dalam membuat pilihan pada 29 November nanti.
01:58Susah lah nak cakap, tapi harapan kami, siapapun calon,
02:05apapun parti, kalau dia betul-betul membantu rakyat
02:10mengambil barat masalah-masalah rakyat di sini, terutama sekali
02:15macam masalah jalan rakyat masuk ke kebun-kebun.
02:23Kalau dia kesilaksana betul-betul, mungkin itulah pilihan kami.
02:28Tapi kalau setakat yang lima tahun, satu kali dia muncul, susah lah.
02:32Bercakap kepada Astro Awani, Ahli Parlimen Pensiangan,
02:36Datuk Seri Arthur Joseph Kurup turut mengulas mengenai pencalonan 14 penjuru ditulit
02:42yang merupakan salah satu don di bawah Parlimen Pensiangan selain suk dan nabawan.
02:48Calon barisan nasional di don suk itu berkata,
02:50rakyat Sabah bijak menilai wakil rakyat yang terbukti berkhidmat membangunkan infrastruktur setempat.
02:55Dan rakyat biasanya akan menilai mana satu calon yang boleh berkhidmat dengan sebaiknya untuk mereka.
03:05Rakyat juga akan menilai siapa calon yang mereka rasa selamat,
03:09yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada mereka.
03:13Jadi dalam sistem demokrasi ini memang kita serah kepada rakyat untuk memilih
03:17dan saya harap bahawa rakyat akan membuat keputusan yang baik.
03:20dan maksud saya keputusan itu adalah memihak kepada kerajaan perpaduan
03:26sebab kita perlukan mandate yang kuat dan juga yang besar daripada rakyat
03:34supaya kerajaan perpaduan ini dia boleh meneruskan agenda pembangunan.
03:39Saya pun merupakan ahli dalam kerajaan perpaduan
03:42dan saya inginkan melihat supaya mandate kita daripada rakyat adalah jelas dan kuat
03:47supaya semua dasar-dasar pembangunan kita
03:50kita tahu dapat keyakinan daripada rakyat
03:53dan kita boleh meneruskan agenda pembangunan ini.
Be the first to comment