Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Salleh menegaskan bahawa UMNO hadir ke Sabah bukan untuk menguasai negeri ini, tetapi atas jemputan pemimpin tempatan ketika itu, sekali gus membuktikan peranan parti nasional dalam membantu menyatukan masyarakat.
Transcript
00:00Datuk Seri Saleh Syed Keruak menolak pandangan bahawa Sabah hanya akan selamat jika ditadbir parti tempatan.
00:08Sebaliknya menegaskan rakyat kini semakin matang dan terbuka dalam menilai kemampuan parti politik.
00:14Bendahari UMNO Sabah itu berkata, naratif yang cuba menggambarkan parti nasional sebagai tidak sesuai merintah Sabah adalah tidak tepat dan bercanggah dengan sejarah politik negeri itu.
00:25Saleh menegaskan UMNO hadir ke Sabah bukan untuk menguasai negeri ini tetapi atas jemputan pemimpin tempatan ketika itu sekaligus membuktikan peranan parti nasional dalam membantu menyatukan masyarakat.
00:41Pada suatu ketika apabila kita masih ingat dahulu UMNO datang ke Sabah setelah dijemput oleh parti USNO pada ketika itu kerana parti USNO memikirkan mereka tidak mampu untuk menyatupadukan masyarakat.
00:55di Sabah dan menjemput UMNO dan kita ramai telah menyatukan UMNO bukan sahaja daripada orang-orang USNO tapi daripada orang-orang daripada parti-parti lain.
01:06Jadi kehadiran UMNO di sini pada saya bukannya menjajah Sabah tetapi menyelamatkan orang Sabah dan kita harus melihat parti itu adalah sebagai wadah untuk kita mencapai matlamat kita untuk membangun Sabah.
01:21Mengulas lanjut bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata BN perlu memperbetulkan persepsi segelintir pihak seolah-olah parti nasional tidak membela rakyat Sabah.
01:33Selain itu penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Usukan itu menjelaskan tsunami politik yang berlaku pada 2018 tidak boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada BN di Sabah.
01:43Ahli politik berpengalaman itu juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa PRN 17 kali ini adalah tali hayat untuk BN kembali menerajui tampuk pimpinan negeri.
01:55Sebaliknya, Salif mengulangi pendirian bahawa UMNO sudah lama berakar umbi di Sabah dan merupakan sebuah parti yang berstruktur.
02:03BN Sabah pada masa yang sama telahpun mengenalpasti kawasan-kawasan yang mempunyai peluang tinggi untuk gabungan itu menang dalam PRN Sabah yang didetapkan pada 29 November ini.
02:15Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended