00:00Kementerian Pendidikan menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir guru baharu belum melaporkan diri di sekolah yang diluluskan.
00:08Menterinya Fadlina Siddiq berkata pihak kementerian kini sedang mengumpulkan maklumat secara menyeluruh sebelum tindakan lanjut diambil.
00:16Katanya kementerian memandang serius isu tersebut meskipun jumlahnya kecil kerana ia melibatkan soal pendidikan negara, guru dan juga murid.
00:23Saya ingat mereka baru mendaftarkan diri pada hari Senin ini. Jadi masih ada masa lagi untuk kita lihat secara keseluruhan, punca, sebab dan sebagainya.
00:38Jadi sebaik saja saya dapat laporan penuh nanti selepas selesai penempatan mungkin kita akan maklumkanlah dari semasa ke semasa kerana kita belum lagi dapat maklumat secara keseluruhan.
00:49Dan ini penting untuk kita pastikan bahawa walaupun ada isu itu, kita kena segera atasi supaya isu kekurangan guru ini dapat kita atasi segera.
01:03Mengulas lanjut, Fadlina berkata guru yang belum hadir mendaftarkan diri masih boleh berbuat demikian kerana keperluan tenaga pengajar di sekolah tetap mendesak.
01:12Tak ada masalah, maknanya kita masih memerlukan mereka. Kita harap maknanya isu itu kita dapat atasi segera kerana keperluan untuk mereka berada di penempatan itu adalah keperluan pendidikan.
01:27Jadi ini ada keperluan yang sangat tinggi. Jadi sebab itu saya kata barangkali ada isu-isu lain yang perlu kita lihat dan kita tangani segera supaya isu-isu ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
01:39Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan guru baharu tidak lapor diri selepas madlis penyerahan aset sekolah angkat madani oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakat, Pulau Pinang, Paderabu.
01:53Media sebelum ini melaporkan seramai tujuh orang guru yang diambil menerusi inisiatif pengambilan khas guru Sarawak telah meletak jawatan.
02:02Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata selain itu, seramai 51 orang tidak melaporkan diri.
02:09Sementara itu mengenai perjawatan guru, Fadlina berkata 53,000 orang guru baharu telah dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah seluruh negara.
02:19Pengisian jawatan tersebut katanya adalah pada tahap tertinggi melebihi 98%.
02:23yang tersebut katanya adalah pada tahap tersebut.
Be the first to comment